From Wikipedia, the free encyclopedia
Tahil (Jawi: تهيل, ejaan lama تاهل) ialah satu unit sukatan berat digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan 37.8 gram,[1] dan juga bermaksud jongkong tahil China (Cina: 両, liǎng dalam bahasa Mandarin, leung dalam bahasa Kantonis[2]), sebagai sebahagian sistem sukatan dan matawang China.
Terdapat pelbagai piawaian sukatan tahil bergantung pada setempat dan jenis dagangan. Secara amnya, tahil perak beratnya kira-kira 40 gram. Sukatan kerajaan yang paling kerap digunakan ialah tahil kùpíng (庫平 "perbendaharaan") yang beratnya kira-kira 37.3 gram. Satu lagi sukatan komersial yang sering digunakan, iaitu tahil cáopíng (漕平 ) terdiri daripada perak kurang tulen yang beratnya 36.7 gram.
Nama-nama setempat diberi untuk unit ini adalah seperti berikut:
Unit tahil juga pernah diseertikan dengan bungkal (Jawi: بڠكل) di mana 16 kali kedua-dua unit ini bersamaan 1 kati atau 1/13 auns,[5] namun timbangan bungkal beralih pada abad ke-19 di mana 12 bungkal bersamaan 1 kati.[6]
Nama tahil dipakai jua kepada matawang emas dari kerajaan Sailendra berberat 2.5 Gram.[7]
Kesultanan Melaka menetapkan timbangan tahil kepada pecahan-pecahan berikut:
Perdagangan emas masih terus menggunakan unit tahil yang disamakan dengan 1.203370 auns troy.[11]
Unit tahil berkesinambungan selepas merdekanya Malaysia di mana ukuran berat satu tahil ditetapkan bersamaan dengan 37.7994 gram,[12] namun ada yang menganggarkan ia kurang sedikit pada 3.75 gram dalam konteks tertentu seperti menyukat bahan ramuan dalam resipi.[13] Selain itu, satu cupak beras juga dikira bersamaan tahil. Ketika penukaran kepada sistem metrik dilaksanakan kerajaan Malaysia pada tahun 1977, berat penukaran yang ditetapkan adalah 1 gram bersamaan 0.0264554 tahil.[14]
Singapura menetapkan timbangan satu tahil dalam Akta Timbangan dan Ukuran 1985 juga sebagai 37.7994 gram metrik.[15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.