From Wikipedia, the free encyclopedia
Temenggung Johor atau Dato' Temenggung Seri Maharaja Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah diberikan kawasan pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai kawasan pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan Kesultanan Johor Moden di tanah besar Johor dengan Sultan Johor Moden pertama dari Wangsa Temenggung Johor ialah Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng Ibrahim.
Temenggung | Tempoh berkhidmat | Nota | Rujukan |
---|---|---|---|
Temenggung Tun Abdul Jamal ibni Bendahara Tun Abbas | 1757–1802 | Berketurunan Wangsa Bendahara dan berkahwin dengan Raja Daeng Maimunah binti Opu Daeng Perani dari keturunan Wangsa Diraja Bugis Luwu dan keturunan mereka berdua dikenali sebagai Wangsa Temenggung | [1] |
Temenggung Tun Abdul Hamid ibni Temenggung Tun Abdul Jamal | 1802–1803 | [2] | |
Engku Muda Muhammad ibni Temenggung Tun Abdul Jamal (de facto) | 1803–1806 | Menolak jawatan Temenggung kerana mahukan jawatan Yang Dipertuan Muda tetapi ditolak oleh Sultan Mahmud Shah III | [3][4] |
Temenggung Tun Abdul Rahman ibni Temenggung Tun Abdul Hamid | 1806–8 Disember 1825 | Dikurniakan Johor dan Singapura serta pulau-pulau di sekitarnya sebagai kawasan pegangan oleh Sultan Mahmud Shah III | [5] |
Tun Haji Abdullah ibni Temenggung Tun Abdul Rahman (de facto) | 8 Disember 1825–19 Ogos 1841 | Tidak pernah ditabalkan secara rasmi sebagai Temenggung Johor | [6] |
Temenggung Tun Daeng Ibrahim ibni Temenggung Tun Abdul Rahman | 19 Ogos 1841–31 Januari 1862 | Menjadi pemerintah Johor selepas menandatangani Perjanjian Setia 1855 | [7] |
Temenggung Wan Abu Bakar ibni Temenggung Tun Daeng Ibrahim | 31 Januari 1862–30 Jun 1868 | Menjadi Maharaja Johor pada tahun 1868 dan kemudian menjadi Sultan Johor pada tahun 1886 | [8] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.