Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng Ibrahim

Sultan Johor From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng Ibrahim
Remove ads

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim GCMG KCSI (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) ialah Sultan Johor Moden pertama.

Fakta Segera Pemerintahan, Didahului oleh ...
Fakta Segera Gaya bagi, Rujukan gaya ...

Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868 hingga 1986. Baginda telah menggantikan ayahandanya, Temenggung Tun Daeng Ibrahim sebagai pentadbir Johor (kecuali kawasan Kesang) pada 1862. Baginda berumur kira-kira 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3]. Baginda mentadbir keseluruhan tanah besar Johor bermula 1877 apabila Pemerintah Kesang, Sultan Ali Iskandar Shah mangkat.

Temenggung Tun Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Wangsa Temenggung Johor dan membuat hubungan diplomasi dengan Kesultanan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Tun Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Tun Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Tun Abu Bakar pada tahun 1868.

Remove ads

Keputeraan

Tun Abu Bakar dilahirkan pada 3 Februari 1833 di Istana Lama, Teluk Belanga, Singapura. Baginda adalah anak sulung Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan juga berketurunan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, Sultan Johor daripada Wangsa Bendahara yang pertama. Tun Abu Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga; pada usia muda dia ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional)[4] sebelum dia dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga, sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh ini, Tun Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain bahasa Melayu jatinya.[5]

Pada tahun 1851, Temenggung Tun Daeng Ibrahim telah mewakilkan Tun Abu Bakar, yang kemudian menjadi pemuda berusia lapan belas tahun, untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali Iskandar Shah, yang membuat percubaan remeh untuk menuntut hak kedaulatan ke atas Johor.[6] Sebagai Temenggung, baginda secara beransur-ansur mewakilkan tugas pentadbirannya kepada Tun Abu Bakar. Dalam tempoh ini, beberapa pegawai British memuji kemampuan diplomatik Tun Abu Bakar yang sangat baik, seperti yang disebutkan dalam buku harian William Napier, pegawai undang-undang kanan Singapura. Napier telah menemani Tun Abu Bakar untuk mengambil Tengku Teh, ibunda Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV, Sultan Riau-Lingga yang dibuang ke Johor tidak lama selepas anaknya mula mengajukan tuntutan kedaulatan ke atas Pahang.[7]

Meletusnya Perang Saudara Pahang pada tahun berikutnya menyaksikan persahabatan dan pemberian sokongan Tun Abu Bakar terhadap Tun Mutahir untuk usaha perangnya. Tun Abu Bakar berkahwin dengan anak perempuan Bendahara Tun Mutahir pada tahun 1860 semasa lawatan di Pahang, dan pada tahun berikutnya baginda menandatangani perjanjian persahabatan, persekutuan dan jaminan sokongan bersama Bendahara Tun Mutahir pada tahun 1861.[8] Sementara itu, Temenggung Tun Daeng Ibrahim sudah menderita gering demam yang tinggi mengakibatkan kemangkatannya pada 31 Januari 1862.[9]

Remove ads

Pemerintahan awal

Sebagai Temenggung Johor (1862–1868)

Tun Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall (kini Taman Tyersall berdekatan Kebun Bunga Singapura). Johor diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah yang digulingkan oleh Belanda.

Sebagai Maharaja Johor (1868–1886)

Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali Iskandar Shah mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali Iskandar Shah mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali Iskandar Shah) membantah pemerintahan Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Saudara Jementah pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah.

Thumb
Lakaran rupa baginda daripada akhbar Inggeris, 1866.
Remove ads

Sebagai Sultan Johor

Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan bantuan Dato' Abdul Rahman bin Andak; dokumen berupa berlembagaan negeri ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang semakin dicampur urusan petandbiran dengan pihak British[10] lagi-lagi dengan kesihatan baginda yang semakin melemah buruk.[11] Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah mengekalkan kebebasan status negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama.

Kemangkatan

Sultan Abu Bakar mangkat setelah beberapa lama gering menghidap sakit paru-paru berair pada 4 Jun 1895 di Bailey's Hotel, South Kensington, United Kingdom[12]

Jenazah baginda dibawa kembali ke Tanah Melayu oleh suatu kapal perang British dari Penang. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, anakandanya Tunku Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada 7 September 1895.[13]

Remove ads

Peninggalan

Terdapat seberapa binaan yang diberi nama memperingati baginda baik di Johor Bahru mahupun di Muar yang menonjol kerana ditampilkan binaan bercirikan seni bina Victoria dan Moor berbanding binaan sekelilingnya:

Remove ads

Anugerah dan kehormatan

Johor

Antarabangsa

  •  Austria-Hungary :
    • Darjah Franz Joseph (1893)
  •  Dinasti Qing :
    • Darjah Dua Naga Imperial, Kelas Pertama, Darjah Pertama Empayar China (1892)
  •  Kerajaan Hawaii :
    • Darjah Diraja Kalākaua (1881)
  •  Raj British :
    • Darjah Bintang India (KCSI) (17 September 1866)
  •  Itali :
    • Darjah Mahkota Itali (1891)
  •  Empayar Uthmaniyah :
    • Darjah Osminieh (Nishan-e-Osmanieh) Imperial Kelas Pertama (1893)
  • Empayar Jerman  Prusia :
    • Darjah Mahkota Kelas Pertama (23 Jun 1880)
  • Empayar Jerman  SaxonyDuci Ernestine Saxe :
    • Grand Cross of the Ducal Darjah Wangsa Saxe-Ernestine – 1893
  •  United Kingdom :
    • Pingat Emas Putera Wales – 1876
    • Darjah St Michael dan St George (GCMG) - Sir (20 Mac 1876)
Remove ads

Salasilah

Nota kaki

  1. Tengku juga dieja sebagai Tunku di Johor. (Milne, Mauzy, Malaysian Politics Under Mahathir, ms xv)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads