Tenaga Nasional Berhad
Syarikat tenaga kuasa dan elektrik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) ialah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia, yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur.[2][3] Ditubuhkan pada tahun 1990 melalui Penswastaan Lembaga Letrik Negara (LLN), aset perniagaannya dianggarkan sejumlah RM 99.03 bilion. Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak 8.4 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia (kecuali Sarawak) dan timur negeri Sabah melalui Sabah Electricity.[4]
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
ISIN | MYL5347OO009 |
Industri | Tenaga elektrik |
Pendahulu | Lembaga Letrik Pusat (1949-1965) Lembaga Letrik Negara (1965-1990) |
Ditubuhkan | 1 Februari 1990; 34 tahun yang lalu (1990-02-01) |
Ibu pejabat | Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Semenanjung Malaysia (kecuali Sarawak), Sabah, Pakistan |
Tokoh penting | Dato Abdul Razak Abdul Majid (Pengerusi) Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan (Presiden dan CEO) |
Keluaran | Penjanaan elektrik, Penghantaran elektrik, Pembahagian elektrik dan tenaga boleh diperbaharui |
Hasil | ▲ RM37.13 bilion (2013)[1] |
Pendapatan kendalian | ▼ RM5.89 bilion (2013)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ RM4.61 bilion (2013)[1] |
Jumlah aset | ▲ RM99.03 bilion (2013)[1] |
Pemilik | Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja |
Bilangan kakitangan | 28,654 (2023) |
Syarikat induk | Khazanah Nasional |
Anak syarikat | Lihat di bawah |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia.[5] TNB juga merupakan pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV. TNB melalui anak-anak syarikatnya juga terlibat dalam pembuatan alat ubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek.[6][7]
TNB juga menyediakan pendidikan tertinggi menerusi universitinya, iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS; kini TNB Integrated Learning Solution), Kajang, Selangor. Tenaga Nasional merupakan salah satu daripada 10 syarikat di bawah Khazanah Nasional, dana kekayaan kerajaan Malaysia dan juga merupakan salah satu daripada 13 syarikat Malaysia yang tersenarai di Forbes Global 2000 pada tahun 2018.[8] TNB meraikan ulang tahun ke-70 pada 2019.[9]