Tengku Amir Shah
Raja Muda Selangor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj (lahir 12 Disember 1990) merupakan Raja Muda Selangor. Baginda adalah putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.[1] Ketika berusia 11 tahun, Tengku Amir dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002. Menteri Besar Selangor ketika itu Datuk Mohamad Khir Toyo mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat ke-109 pada 20 April 2002. Pelantikan Raja Muda mengikut Klausa 2 Artikel XIV Undang-Undang Tubuh Selangor.[2]
Fakta Segera Raja Muda Selangor, Pemerintahan ...
Tengku Amir Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor | |||||
Raja Muda Selangor | |||||
Pemerintahan | 3 Mei 2002 - kini | ||||
Pemasyhuran | 8 Oktober 2016 | ||||
Didahului oleh | Tengku Idris Shah | ||||
Keputeraan | Tengku Amir Shah ibni Tengku Idris Shah (1990-12-12) 12 Disember 1990 (umur 33) Hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat | ||||
| |||||
Kerabat | Kesultanan Selangor Darul Ehsan | ||||
Ayahanda | Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | ||||
Bonda | Cik Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah (née Lisa Davis) | ||||
Agama | Islam Sunni |
Tutup