Mohamad Khir Toyo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dr. Mohamad Khir Bin Toyo (lahir 6 Ogos 1965) merupakan bekas Menteri Besar Selangor (ke-13) menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, pimpinan beliau tewas di tangan Pakatan Rakyat dan sejak daripada itu beliau menjadi Ketua Pembangkang di Selangor.[1] Pada 15 Julai 2009, oleh kerana keengganannya menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan mengkritik jawatankuasa itu, beliau bersama 4 ADUN BN yang lain digantung serta-merta selama setahun manakala ADUN lainnya selama 6 bulan.[2]
Fakta Segera Dr.Mohamad Khir Toyo MBBS, Menteri Besar Selangor ke-13 ...
Mohamad Khir Toyo MBBS | |
---|---|
Menteri Besar Selangor ke-13 | |
Dalam jawatan 18 Ogos 2000 ā 14 Februari 2008 | |
Raja | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2000-2001) Sultan Sharafuddin Idris Shah (2001-2008) |
Didahului oleh | Abu Hassan Omar |
Digantikan oleh | Abdul Khalid Ibrahim |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Panjang | |
Dalam jawatan 1999ā2013 | |
Didahului oleh | Mohd Pauzi Abdul Murad |
Digantikan oleh | Budiman Mohd Zohdi |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1965-08-06) 6 Ogos 1965 (umur 58) Tanjung Karang, Selangor |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Christine Zanitrah Abdullah |
Anak-anak | 1 lelaki (dari Christine) dan 6 anak ( dari Zahrah Kechik) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Tutup