baka anjing dari England From Wikipedia, the free encyclopedia
Terier rubah dawai atau fox terrier dawai[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing, salah satu daripada banyak baka terier. Ia merupakan terier rubah (fox terrier) dan, sungguhpun ia menyerupai terier rubah licin, ia dipercayai telah dikembangkan secara terpisah. Ia berasal dari England.
Nama lain | Fox terrier dawai Terier rubah berbulu dawai Fox terrier berbulu dawai Terier berbulu dawai Terier rubah Fox terrier | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Wire WFT | |||||||
Negara asal | England | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier rubah dawai ialah anjing tegap dan seimbang yang seberat 7.7–8.6 kg (17–19 lb) untuk jantan dan 6.8–7.7 kg (15–17 lb) untuk betina. Ia tidak patut lebih tinggi daripada 39 cm (15 1⁄2 in) pada paras kelasa.[1][2] Lapis bulu kasar dan putus-putus adalah distingtif. Warna lapis bulu terdiri daripada dasar putih meluas dengan tanda-tanda perang pada muka dan telinga dan biasanya pelana hitam atau tompok warna besar; mungkin terdapat tanda-tanda hitam atau perang lain pada tubuh.
Dua trait paling distingtif pada terier rubah dawai merupakan tenaga dan kecerdasannya. Ia mempunyai ambang rendah untuk kebosanan dan memerlukan rangsangan, senaman, dan perhatian. Terier rubah dawai ialah haiwan pendamping yang memerlukan perhatian hampir berterusan.
Anjing ini patut berwaspada, cepat, dan bersedia untuk bergerak balas dengan pantas dengan penuh semangat. Walau bagaimanapun, ia juga patut ramah, komunikatif, dan suka bermain jika menerima penjagaan dan senaman wajar. Sebagai anjing yang dibiakbakakan untuk menjadi pemikir bebas, ia mampu melakukan gerakan taktikal untuk haiwan perosak dan sukan lain.
Selalunya, terier rubah dawai ditinggalkan atau diserahkan atas sebab-sebab yang mungkin termasuk: melarikan diri dan tidak datang mengikut arahan; mengejar kereta, basikal, anjing lain, dll.; atau menyakat dan kemudian menyerang haiwan lain, termasuk kucing dan anjing lain sesuatu isi rumah – dan ia dapat melakukan kerosakan serius. Walau bagaimanapun, ini sebenarnya tingkah laku normal untuk baka yang direka untuk memburu bukan sahaja rubah , tetapi juga bejar dan babi hutan, tanpa rasa takut terhadap lembu atau bas sama seperti terhadap mangsa kecil. Pembelaan terier rubah dawai sebagai anjing peliharaan memerlukan kawalan teguh untuk melencongkan naluri pemangsa ini dan menyediakan untuk anjing ini senaman dan peralihan mencukupi. Dengan pengawasan teliti, terier rubah dawai dapat menjadi haiwan pendamping menggelikan hait, menarik, dan berumur panjang.
Terier rubah dawai yang dibela untuk pertunjukan melalui pelucutan tangan; jika bulu menjadi terlalu panjang, bulu tersebut dicabut dengan tangan untuk mengekalkan warna dan kelicauan lapis bulu. Banyak yang dibela sebagai anjing peliharaan melalui pengguntingan bulu setiap bulan oleh pendandan. Pengguntingan memudarkan warna dan menjadikan lapis bulu lembut, keriting, dan lebih sukar untuk dibersihkan, tetapi ini lebih diutamakan oleh ramai pemilik kerana prosedur lebih mudah (dan lebih murah) daripada pelucutan.
Terier rubah dawai dikembangkan di England oleh para penggemar pemburuan rubah dan dipercayai diturunkan daripada terier pekerja hitam dan putih berbulu kasar dari Wales, Derbyshire, dan Durham yang kini pupus. Baka ini juga dianggap telah dibiakbakakan untuk mengejar rubah ke dalam korok; ekor pendek, kuat, dan biasanya terpotong pada ini digunakan sebagai pemegang oleh pemburu untuk menariknya keluar.
Walaupun terdapat kata-kata bahawa Ratu Victoria memiliki seekor, dan putera dan pewaris baginda, Raja Edward VII, memiliki seekor terier rubah dawai bernama Caesar, baka ini tidak popular sebagai anjing peliharaan keluarga sehingga tahun 1930-an, apabila siri filem cetera The Thin Man dibikin. Asta, anjing milik keluarga Charles, ialah seekor terier rubah dawai dan kepopularan baka ini melonjak. Milou (Snowy) daripada lerang komik The Adventures of Tintin juga merupakan terier rubah dawai.
Pada lewat abad ke-20, kepopularan baka ini merosot lagi, kemungkinan besar kerana perubahan keadaan hidup di dunia Barat dan kesukaran untuk membela terier pemburu di bandar kerana naluri pemangsa kuat.
Setakat tahun 2019, terier rubah dawai mempunyai kelebihan kerana telah menerima lebih banyak gelaran Best in Show dalam pertunjukan anjing Westminster Kennel Club (kini 15) berbanding dengan baka lain.[3] Matford Vic, seekor terier rubah dawai, ialah salah seekor daripada lima ekor anjing yang pernah memenangi Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club sebanyak lebih daripada sekali. Ia memenangi pertandingan itu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1915 dan tahun 1916. Satu-satunya anjing yang memenanginya sebanyak lebih daripada itu ialah Warren Remedy, seekor terier rubah licin, yang memenanginya sebanyak tiga kali pada antara tahun 1907 dengan tahun 1909.[4]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.