Tomoyuki Yamashita
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tomoyuki Yamashita (山下 奉文code: ja is deprecated , Yamashita Tomoyuki, 8 November 1885 – 23 Februari 1946; juga dipanggil Tomobumi Yamashita[2]) adalah seorang Jeneral dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan penjenayah perang Jepun semasa Perang Dunia II. Yamashita memimpin ketumbukan Jepun semasa penjajahan Tanah Melayu dan Pertempuran Singapura, penaklukannya ke atas Tanah Melayu dan Singapura dalam masa 70 hari telah memberikan beliau gelaran "Harimau Malaya" dan menyebabkan Perdana Menteri British Winston Churchill menggelar kejatuhan Singapura yang memalukan ini kepada Jepun sebagai "bencana terburuk" dan "penyerahan terbesar" dalam sejarah ketenteraan British.[3] Kemudian Yamashita telah diberi tugas mempertahankan Filipina daripada kemaraan pihak Bersekutu. Walaupun beliau tidak dapat menghalang kemaraan tentera Bersekutu yang lebih besar, dengan bekalan semakin berkurangan dan serangan gerila Sekutu, beliau dapat bertahan di sebahagian Luzon sehingga selepas penyerahan kalah rasmi Jepun pada Ogos 1945.
- Bentuk asal nama individu ini adalah Yamashita Tomoyuki. Rencana ini menggunakan susunan nama Barat.
Tomoyuki Yamashita | |
---|---|
山下 奉文 | |
Gabenor Tentera Jepun di Filipina | |
Dalam jawatan 26 September 1944 – 2 September 1945 | |
Raja | Maharaja Shōwa |
Didahului oleh | Shigenori Kuroda |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1885-11-08)8 November 1885 Ōtoyo, Kōchi, Empayar Jepun |
Meninggal dunia | 23 Februari 1946(1946-02-23) (umur 60) Los Baños, Laguna, Komanwel Filipina |
Sebab kematian | Hukuman gantung |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Tama Reien, Fuchu, Tokyo, Jepun |
Alma mater | Akademi Tentera Darat Imperial Jepun |
Anugerah | Order of the Golden Kite Order of the Rising Sun Order of the Sacred Treasure Order of the German Eagle |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Nama samaran | Harimau Malaya The Beast of Bataan[1] |
Kesetiaan | Empayar Jepun |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Imperial Jepun |
Tahun perkhidmatan | 1905–1945 |
Pangkat | Jeneral |
Perkhidmatan | Tentera Darat Ke-25 Tentera Darat Kawasan Pertama Tentera Darat Kawasan Ke-14 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang China-Jepun Kedua Perang Pasifik |
Selepas perang, Yamashita telah dibicarakan kerana jenayah perang yang dilakukan oleh pasukan tentera bawahannya semasa Jepun mempertahankan Filipina pada tahun 1944. Yamashita menafikan tuduhan jenayah perang tersebut dan beliau menyatakan tidak mengetahui apa yang berlaku. Bukti yang bercanggah telah dikemukakan semasa perbicaraan samada Yamashita sendiri mengarahkan jenayah ini dan samada beliau sendiri tahu jenayah yang dilakukan. Mahkamah akhirnya mendapati Yamashita bersalah dan dihukum mati pada Februari, 1946. Keputusan terhadap Yamashita – mensabitkan tanggungjawab panglima atas jenayah perang orang bawahan selagi panglima tidak cuba membongkar dan menghalangnya daripada berlaku – dikenali sebagai Yamashita standard.