sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Victoria Institution (VI), kembali ke nama asalnya pada tahun 2009. Ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria untuk seketika. Victoria Institution merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki (dan perempuan untuk tingkatan enam) di Kuala Lumpur, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1893, sekolah ini merupakan sekolah tertua di ibu negara. "Victoria Institution rai ulang tahun ke-125". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-17. Dicapai pada 2018-05-22.[1] Moto sekolah adalah "Be Yet Wiser" diterjemahkan, "Menjadi Lebih Bijaksana".
Victoria Institution | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Hang Tuah, 55200, Kuala Lumpur, Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis | Kerajaan (bukan berasrama penuh) sekolah menengah lelaki |
Moto | "Be Yet Wiser" |
Ditubuhkan | 14 Ogos 1893 |
Pengetua | En Abd Samad bin Othman |
Gred | Tingkatan 1 - Tingkatan 6 |
Kemasukan | 800 |
Kampus | Asrama Malaysia (AMal) Kuala Lumpur |
Warna | Oxford Blue dan Cambridge Blue (diambil selepas Universiti Oxford dan Universiti Cambridge) |
Afiliasi | Kementerian Pendidikan Malaysia |
Singkatan | V.I. |
Laman sesawang | sites |
Victoria Institution telah diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893. Ia berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta menteri-menteri Kabinet terdahulu dan sekarang seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan bekas hakim Datuk Mahadev Shankar.
Sekolah itu juga, merupakan sekolah menengah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu dan turut memainkan peranan dalam sejarah tanah air apabila digunakan oleh askar Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengumumkan bahawa ia akan dikenali semula sebagai Victoria Institution (VI) mulai 14 Februari 2009. Sekolah itu diangkat sebagai Warisan Kebangsaan kerana ia memenuhi kriteria berdasarkan Akta Warisan 2005.[2]
Versi Inggeris | Versi Melayu | |
---|---|---|
Let us now with thankfulness |
Sanjungan didendangkan Ikrar pula lafazkan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.