Walgreens
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Walgreen Company atau Walgreens sahaja ialah sebuah syarikat Amerika yang beroperasi sebagai rantaian kedai farmasi yang kedua terbesar di Amerika Syarikat di belakang CVS Health.[3] Ia mengkhusukan dalam mengisi produk preskripsi, kesihatan dan kesejahteraan, maklumat kesihatan, dan perkhidmatan foto.[4] Setakat 31 Ogos 2018, syarikat ini mengendalikan 9,560 kedai di seluruh 50 negeri, District of Columbia, Puerto Rico, dan Kepulauan Virgin. Ia telah diasaskan di Chicago, Illinois, pada 1901. Ibu pejabat Walgreens terletak di Kawasan metropolitan Chicago di Deerfield, Illinois.
Pada tahun 2014 syarikat itu bersetuju untuk membeli baki 55% daripada Alliance Boots yang berpangkalan di Switzerland yang ia belum memiliki untuk membentuk perniagaan global. Di bawah terma pembelian, kedua-dua syarikat itu bergabung untuk membentuk syarikat induk baru, Walgreens Boots Alliance Inc., pada 31 Disember 2014. Walgreens menjadi anak syarikat syarikat baru ini, yang mengekalkan ibu pejabat Deerfield dan berdagang di NASDAQ di bawah simbol WBA.[5]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads