18 Again
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
18 Again ( Korea: 18 어게인; RR: 18 Eogein ) merupakan sebuah siri televisyen Korea Selatan berdasarkan filem 2009 17 Again oleh Jason Filardi . Dibintangi oleh Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun dan Lee Do-hyun, ia telah disiarkan menerusi JTBC dari 21 September hingga 10 November 2020, setiap Isnin dan Selasa jam 09:35 malam ( KST ). [1] Siri ini turut ditayang di Netflix, iQIYI dan Viu dengan sari kata berbilang bahasa. [2] [3]
Remove ads
Sinopsis
Jung Da-jung ( Kim Ha-neul ) dan Hong Dae-young ( Yoon Sang-hyun ) telah berkahwin dan mempunyai sepasang kembar , Hong Si-a ( Roh Jeong-eui ) dan Hong Si-u ( Ryeoun ). Pada awal perkahwinan, mereka sangat bahagia meskipun mempunyai anak di usia yang muda dan beban kewangan. Namun, segalanya berubah apabila Da-jung yang berusia 37 tahun telah memfailkan perceraian dan anak kembar mereka yang berusia 18 tahun mula mengabaikan Dae-young, kecuali jika inginkan wang saku. Kehidupan Dae-young menjadi lebih sengsara apabila dia kehilangan pekerjaannya, selepas majikannya menaikkan pangkat anak saudaranya yang baru 4 tahun bekerja di syarikat itu berbanding dirinya yang telah bekerja selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, majikannya membuat keputusan untuk memindahkan Dae-young ke Busan .
Dae-young berharap dia dapat kembali ke masa silam dan memperbaiki hidupnya, tubuh Dae-young yang berusia 37 tahun secara ajaib berubah menjadi tubuh yang dia miliki ketika berusia 18 tahun ( Lee Do-hyun ) tetapi mengekalkan mentalitinya yang berusia 37 tahun. Dia mula menjalani kehidupan baru dengan nama "Ko U Yeong" dan bersekolah di Sekolah Menengah Serim. Sekolah tersebut merupakan bekas sekolahnya 18 tahun yang lalu serta juga sekolah anak kembarnya. Semasa kehidupan Dae-young sebagai Ko U Yeong yang berusia 18 tahun, dia mengetahui bahawa anak perempuannya Si-a bekerja sambilan di kedai serbaneka tanpa kebenarannya dan anaknya Si-u dibuli di sekolah oleh kapten bola keranjang Goo Ja-sung ( Hwang In-yeop ). Dae-young juga mengetahui tentang minat dan bakat anaknya dalam bola keranjang yang selama ini disembunyikan oleh Si-u daripadanya. Dae-young akhirnya menyedari sebab sebenar di sebalik kehancuran rumah tangganya dan mengenali lebih dekat tentang kembarnya. Dia bertekad untuk menggunakan peluang ini untuk melindungi anak-anaknya dengan berkawan dengan mereka dan melakukan yang terbaik walaupun penampilannya sebagai budak lelaki berusia 18 tahun.
Remove ads
Pelakon
Pelakon Utama
- Yoon Sang-hyun sebagai Hong Dae-young (tua)
- Lee Do-hyun sebagai Hong Dae-young (muda) / Go Woo-youn
- Kim Ha-neul sebagai Jung Da-jung
- Han So-eun sebagai Da-jung (muda)
Pelakon tambahan
- Ryeoun as Hong Shi-woo[b]
- Kim Mi-kyung sebagai Yeo In-ja
- Lee Byung-joon sebagai Hong Joo-man [5]
- Wi Ha-joon sebagai Ye Ji-hoon [6]
- Kim Kang-hyun (actor) as Go Deok-jin[c]
- Lee Mi-do sebagai Choo Ae-rin [d]
- Kim Yoo-ri sebagai Ok Hye-in [e]
- Lee Ki-woo sebagai Choi Il-kwon [7]
- Kim Sun-min sebagai Choi Il-kwon yang berusia 18 tahun
- Choi Bo-min sebagai Seo Ji-ho [8]
- Kim Kang-hoon sebagai Seo Ji-ho semasa kanak-kanak
- Hwang In-youp sebagai Goo Ja-sung [f]
- Oh So-hyun sebagai Jeon Bo-bae
- Lee Eun-jae as Uhm So-mi
- Ryu Da-bin sebagai Hwang Young-sun
- Bin Chan-wook sebagai Bang Ki-yong
- Jang Hyuk-jin sebagai Heo Woong-gi
- Ahn Nae-sang sebagai Moon Sang-hwi
- Kim Yoon-hye sebagai Kwon Yu-mi [9]
- Ko Eun-min as Lim Ja-young
- Yang Dae-hyuk as Nam Gi-tae
- Ahn Mi-na as Choi Ji-na
- Kim Yeon-jeong dan Moon Woo-bin sebagai pekerja Go Go Play
- Jun Hyun-moo sebagai Bae Seung-hyun (Ep. 2)
- Jang Sung-kyu sebagai dirinya sendiri (Ep. 2)
Remove ads
Produksi
Adaptasi siri ini diarahkan oleh Ha Byung-hoon, yang juga menerajui drama fantasi romantik bertemakan sama Confession Couple pada 2017. [10]
18 Again pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 September 2020, tetapi ia ditangguhkan selama dua minggu kerana wabak COVID-19 . [11]
Runut bunyi asal
18 Lagi: OST Special Album
Runut bunyi drama ini disusun dalam dua bahagian album yang dikeluarkan pada 10 November 2020. CD 1 dan CD 2 mengandungi lagu tema drama dan skor muzik masing-masing. [12]
- Part 1
- Part 2
- Part 3
- Part 4
- Part 5
- Part 6
- Part 7
- Part 8
- Part 9
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Nota
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads