Heo Sol-ji

From Wikipedia, the free encyclopedia

Heo Sol-ji
Remove ads

Heo Sol-ji (lahir 10 Januari 1989), lebih dikenali sebagai Solji, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau membuat kemunculan pertama pada tahun 2006 di dalam sebuah kumpulan duo balada, 2NB. Beliau bekerja sebagai seorang jurulatih vokal sebelum menjadi ahli EXID.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Fakta Segera Hangul, Hanja ...
Remove ads

Kerjaya

Solji merupakan bekas ahli kumpulan duo, 2NB bersama Gabin dari Blady dan mengeluarkan lagu solo pada tahun 2008. Kumpulan duo ini dibubarkan pada tahun 2012.[2] Beliau kemudiannya bekerja sebagai jurulatih vokal EXID sebelum menjadi ahli.[3] Pada bulan April 2012, AB Entertainment mengumumkan bahawa tiga ahli asal, Yuji, Dami dan Haeryeong akan meninggalkan kumpulan EXID. Solji kemudiannya menyertai EXID bersama Hyelin, seorang bekas peserta Superstar K3.[4] Pada bulan Februari 2013, EXID membentuk sebuah kumpulan unit, "Dasoni" yang terdiri daripada Solji dan Hani.[5] Kumpulan unit ini mengeluarkan lagu "Goodbye" pada 15 Februari 2013 yang juga mengandungi lagu "Said So Often".[6] Pada bulan Februari 2015, Solji mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian MBC, King of Mask Singer untuk episod pertama mereka. Beliau menjadi pemenang pertama rancangan ini serta berjaya memukau juri dan juga penonton. Ini berjaya menarik banyak perhatian kepada EXID dan meningkatkan reputasi Solji sebagai seorang penyanyi vokal yang berbakat.

Pada 8 Februari 2016, Solji dan Doo Jin-soo dijemput untuk menyertai rancangan Duet Song Festival untuk episod Istimewa Tahun Baru Korea. Mereka bersaing dengan Zico dari Block B dan Lee So-young. Solji dan pasangannya menyanyikan lagu Lee Seung-cheol, "The Sky in the West (서쪽하늘)". Mereka berjaya menang dengan skor 477. Pada 8 April 2016, Solji dan pasangannya dijemput sekali lagi untuk bertanding di dalam rancangan tersebut. Mereka merupakan penyanyi terakhir di dalam episod tersebut dan bersaing bersama Luna dari f(x) dan Goo Hyun-mo. Solji menyanyikan lagu Davichi, "8282". Solji sekali lagi menang dengan skor 439.[7] Pada 21 Disember 2016, Solji telah disahkan mengalami hipertiroidisme sekaligus menghentikan aktivitinya seketika manakala ahli-ahli lain meneruskan aktivit mereka semasa musim anugerah akhir tahun. Beliau membuat penampilan mengejut semasa Jelajah Asia EXID di Seoul pada 13 Ogos 2017.

Remove ads

Diskografi

Album mini

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Lagu single

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...
Remove ads

Filemografi

Rancangan varieti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads