35MM
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
35MM ialah sebuah filem cereka sains komedi Malaysia 2022 arahan bersama Syahmi Sazli dan Senibayan dengan idea asal dan skrip oleh Syahmi dan Senibayan. Dibintangi oleh Syahmi sendiri bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey, ia mengisahkan tentang tiga sahabat yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Filem ini ditayangkan pada 21 Jun 2022 di Astro First[1][2][3] dan menerima pelbagai ulasan positif.[4][5]
Remove ads
Sinopsis
Selepas membeli sebuah kamera antik, tiga sekawan, Syahmi, Asif dan Yoe menghadapi mimpi ngeri apabila mereka terperangkap dalam masa lalu, melalui pengembaraan ke beberapa buah zaman yang berlainan.
Mereka perlu bertahan di zaman yang dilewati, antaranya pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British dan era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an yang mengimbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran semasa cuba melepaskan diri dari satu era ke era yang lain.
Apabila berada di tahun 1997, Yoe mendapat peluang untuk mengembara buat pertama kalinya berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Namun, mereka mesti kembali ke tahun 2020 dalam apa juga keadaan dan dengan apa cara sekalipun.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Syahmi Sazli sebagai Syahmi
- Asif Suhaimi sebagai Asif
- Yoe Parey sebagai Yoe
Penampilan khas
- Kenji Sawahi sebagai Kapitan Hung (seorang Cina yang bawa Syahmi berlawan)
- Hushairy Hussein sebagai Bahadur (Tali barut British)
- Yaakob Abdul Aziz sebagai Sir Mac Mouse (Pegawai British)
Pelakon sampingan
- Katherin Teng sebagai Shang (Puteri Kapitan Hung)
- Melanie Tan sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung
- Ainul Yakin sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung
- Abe Mat sebagai Mahaguru Cina
- MN Badri sebagai Mejar Fujikura
- Wea Selambos sebagai Buang
- Mamu Abu sebagai Talibarut Jepun
- Andika Aziz sebagai Sir J. Cowly
- Pok Tar sebagai Pak / Pok Tar (Tali barut British)
- Nawi Mohd sebagai Talibarut British
- Abrar sebagai Talibarut British
- Epul sebagai Talibarut British
- Nash Hashim sebagai Talibarut British
- Aween Ismail sebagai Mek Siti
- Abe Yoh sebagai Pemuda 1
- Pokjacks sebagai Pemuda 2
- Cikgu Ismi sebagai Pemuda 3
- Ustaz Khali sebagai Pemuda 4
- Pok Da sebagai Pemuda 5
- Ayie sebagai Pemuda 6
- Mohd Firdaus Jamil sebagai Pemuda 7
- Imad Jaka sebagai Pemuda 8
- Emie Sukmasari sebagai Penyanyi di Kampung
- Poyie Gasi sebagai Penyanyi di Kampung
- El Sazly sebagai Tengku Mohamad
- Fareth Rudy Agang sebagai Tengku Kamal
- Arazmi Seman sebagai Tok Man
- Syahidatul Munirah sebagai Ibu Yoe
- Syahmiey Odd sebagai Ayah Yoe
- Meliu sebagai Penjaga Muzium/Anak Yoe
Pelakon tambahan
- Sanji sebagai Pemuda Indonesia 1
- Nabil Fiqrie sebagai Pemuda Indonesia 2
- Fattah Fazwy sebagai Pemuda Indonesia 3
- Che Din sebagai Pemuda Indonesia 4
- Achad sebagai Pemuda Indonesia 5
- Matachem sebagai Pemuda Indonesia 6
- Rozan Rizak sebagai Pemuda Indonesia 7
- Wan Baker sebagai Pemuda Indonesia 8
Remove ads
Penerbitan
35MM diarahkan oleh Syahmi Sazli yang sebelum ini mengarahkan filem pertamanya, Mael Totey The Movie (2020). Idea asal filem ini datang daripada beliau sendiri.[6] Beliau turut berkhidmat sebagai pengarah bersama dan penulis skrip bersama Senibayan.[1]
Untuk filem ini, Syahmi memilih jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa dengan penggunaan imej janaan komputer (CGI). Ia bermula dari zaman Dinasti Cina, kemudian memasuki zaman jajahan Jepun dan British, era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an, imbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi.[7][8] Beliau menjelaskan, antara sebab tema berkenaan dipilih ialah kerana keinginan untuk mengimbau masa lampau dan sekali gus mengangkat kenangan-kenangan lalu menerusi layar lebar.[6] Bagaimanapun kata Syahmi, lawak-lawak spontan yang menjadi identiti karyanya seperti dalam Mael Totey The Movie dan drama spontan sebelum ini tidak diketengahkan.[2] 35MM juga menandakan kerjasama kedua Syahmi bersama Ahmad Hashim atau Senibayan selepas Syif Malam Raya.[9]
Beliah juga mengekalkan Yoe Parey dan Asif Suhaimi sebagai pelakon utama.[2][10][11] Syahmi dinyatakan berkata: "Rentetan daripada sambutan positif dan komen membina daripada orang ramai untuk filem Mael Totey The Movie, ia menyuntik semangat untuk saya menyahut cabaran terus berkarya menghasilkan filem [...] Untuk filem ini banyak yang saya pelajari dan harap hasilnya boleh diterima ramai. Manakala, antara cabaran lain adalah membimbing Yoe dan Asif untuk menjiwai watak dan berlakon dalam situasi yang lebih serius. Seperti umum tahu, sebelum ini skrip lakonan kami lebih bersahaja tetapi berbeza menerusi 35mm. Saya mengharapkan 35mm dapat mengubati rindu peminat terhadap konten daripada kami serta filem ini dapat menghiburkan ramai penonton,".[1]
Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM1 juta dengan penggambaran dijalankan selama 21 hari di Pulau Pinang, Pasir Puteh pada Disember 2021 dan berakhir pada Februari 2022.[1][2] Pada hari pertama penggambaran, Yoe diserang penyakit angin pasang dan penggambaran dihentikan seketika kerana Yoe perlu menjalani pembedahan.[12] Pada hari kelima penggambaran, 18 kru filem ini disahkan positif COVID-19.[9]
Remove ads
Muzik
35MM menampilkan 3 lagu tema, terdiri daripada lagu "Munajat Suci" oleh Fajar dan Didibiola, "Mekar di Jiwa" oleh X-Ray yang dimuatkan dalam album Sungguh Tak Ku Sangka (1997) dan lagu "Geweku Ore Kelate" nyanyian Emie Sukmasari dan Sai Kamal.
Keluaran
35MM dikeluarkan pada 21 Jun 2022 di Astro First tanpa ditayangkan di pawagam.[1][6][13][14]
Filem ini menjadi kejayaan secara komersial apabila ia berjaya memperoleh kutipan tertinggi sebanyak RM300,000 pada hari pertama tayangan.[15][16][17]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads