999 (siri TV)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

999 ialah siri televisyen berita jenayah Malaysia berdasarkan rancangan COPS di Amerika Syarikat. Rancangan ini telah disiarkan di TV3 sejak 3 Januari 2002 dan Januari 2014 telah disiarkan setiap Selasa jam 9:00 malam. Pada 26 Januari 2021, rancangan ini telah dilewatkan bermula pada jam 9:30 - 10:00 malam dalam masa 30 minit selepas rancangan Keluarga Epik.[1] Mulai 2 Februari 2021, rancangan ini akan kembali bersiaran pada waktu siaran yang asal dalam masa 1 jam bermula pada jam 9:00 - 10:00 malam selepas Buletin Utama. sebelum ini, rancangan ini disiarkan setiap Khamis pada jam 9:00 malam sejak ia mula disiarkan. Pengacara terkini bagi tahun 2018 hingga kini ialah Anim Ezati dan tempat Anim digantikan oleh Sofea Nursolea Tun pada 28 Mac 2020. Bekas pengacara rancangan ini ialah Zakiah Anas, Hazlin Hussain, Sarah Adiba Yussof, Mazidul Akmal Sidek, Halim Din dan Omar Abdullah. Pada tahun pertama, rancangan ini ialah salah satu program TV yang paling ditonton di Malaysia dengan lebih 3 juta orang penonton.[2] Dengan slogan bagi rancangan 999 iaitu Ingat! Jenayah Membawa Padah.

Fakta Segera Genre, Format ...

Pada 11 Mei 2021, 999 telah direhatkan bagi memberi laluan kepada episod akhir drama Kisah Cinta Rumi di Slot Lestary.

Pada 15 November 2022, rancangan ini telah direhatkan sementara bagi memberi kepada siaran langsung Mandat Rakyat PRU - 15 sempena pilihan raya umum Malaysia ke-15.

Remove ads

Pengacara

  1. Zakiah Anas (Januari 2002 - Disember 2009)
  2. Hazlin Hussain (Januari 2010 - Ogos 2017)
  3. Sarah Adiba Yussof (Ogos 2017 - Disember 2017)
  4. Anim Ezati (1 Januari 2018 - 31 Mac 2020)
  5. Sofea Nursolehha Tun (1 April 2020-kini)

Tidak ketinggalan 999 menemubual dengan pakar berkaitan jenayah antaranya:

•Nor Zabeta ,Peguam

•Dato Haziq Pillay,Peguam (musim tahun 2006-2015)

•Dato Akhbar Satar

Kamal Affandi Hashim, bekas pegawai polis dan penganalisis jenayah

Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads