Abdul Fattah Mahmood

Ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Abdul Fattah Mahmood
Remove ads

Yang Berhormat Dato' Abdul Fattah Mahmood (lahir 16 September 1963) merupakan ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Bukit Panau sejak Mac 2004. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).

Fakta Segera Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Bukit Panau, Didahului oleh ...
Remove ads

Latar belakang

Abdul Fattah dilahirkan di Kampung Domis, Bukit Panau. Beliau adalah anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah, Kampung Paloh, Bukit Panau. Bapanya Tuan Guru Mahmood Mat Sah. Bapanya menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.

Abdul Fattah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian sambung belajar di Kolej Islam Kelang sebelum mengikuti program matrikulasi di Sekolah Alam Shah. Seterusnya belajar jurusan optometri di UKM - ijazah sarjana muda dengan kepujian pada 1990.

Semasa di UKM , Abdul Fattah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail (1985-1986).

Isterinya, Fahimah Mahmood adalah seorang guru siswazah dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Remove ads

Kerjaya

Beliau bekerja di klinik optometry di Kajang (1986-1996). Selepas itu membuka klinik sendiri di Kota Bharu.

NGO

Abdul Fatah menjadi Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.

Kerjaya politik

Beliau terbabit dengan politik sejak dalam kampus UKM lagi. Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah pada 2003 dan kini Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Selepas memenangi pilihan raya 2004 di DUN Bukit Panau, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Anugerah

  • Kelantan :
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2011)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads