Abdul Jalil Hassan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tan Sri Dato' Dr. Haji Abdul Jalil bin Haji Hassan (10 Januari 1912 – 22 Mei 1990) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang pertama (1970–1990) dan Mufti Negeri Johor (1962–1964).

Fakta Segera Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Didahului oleh ...
Remove ads

Latar Belakang dan Pendidikan

Tan Sri Dato' Abdul Jalil Hassan dilahirkan pada 10 Januari 1912M (Syawal 1332H) di Kampung Serom, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor. Pada tahun 1925 hingga 1927, beliau menyambung pengajian di Royal Inggeris School Singapura. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke Maahad Al-Azhari Bil Jamik Al-Azhar As Syarif Fil Kasam Al Ibtidai’ dan Sanawi di Kaherah, Mesir (1930-1938). Kemudian beliau menyambung pengajian di Kuliyyah Usuluddin, Universiti al-Azhar dan berjaya memperolehi Syahadah Al-A’Liyah Kuliah Usuluddin al-Azhar pada tahun 1944. Akibat peperangan Jepun dengan Malaya, beliau tidak dapat pulang ke tanahair dan tertahan  di Mesir sehingga Disember 1946.[1]

Remove ads

Kerjaya dan Sumbangan Kepada Masyarakat

Kerjaya awal beliau bermula pada tahun 1947 apabila dilantik sebagai Penolong Mufti Johor dan jawatan tersebut dipegang selama hampir 15 tahun. Pada tahun 1962 beliau dilantik sebagai Mufti Johor selama 3 tahun. Pada September 1964,  beliau memohon untuk meletakkan jawatan sebagai Mufti Johor kerana diperlukan sebagai Mudir Kolej Islam Klang menggantikan Dr. Muhammad Abd. Rauf dari Mesir yang habis tempoh pada awal Oktober 1964.

Tan Sri Abdul Jalil Hassan ialah antara individu yang berusaha keras menjadikan Kolej Islam sebagai Universiti Islam. Akhirnya pada tahun 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dengan persetujuan Menteri Pelajaran Malaysia dan Majlis Kolej Islam dinaik taraf sebagai Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan.

Beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan April 1970 hingga akhir bulan Disember 1972 dan menjadi Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah pada awal tahun 1973 hingga April 1978. Beliau bersara dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada Mei 1978. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Tertinggi Rabitah al-Alam al-Islami di Mekah sejak tahun 1965 hingga akhir hayat.

Antara buku-buku dan risalah yang telah ditulis oleh beliau ialah Falsafah dan pengetahuan Islam (Dewan Bahasa dan Pustaka), Isra’ dan Mikraj sejajar dengan kemajuan sains, Orang-orang Islam Turkistan di belakang Tabir Besi, Cara menentukan anak bulan dengan cara Ru’yah dan hisab.

Remove ads

Meninggal dunia

Tan Sri Dato' Abdul Jalil Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada 22 Mei 1990 dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Anugerah

Kehormatan Malaysia

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads