Abdul Rahman Hashim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Allahyarham Tan Sri Dato' Abdul Rahman bin Hashim (7 Julai 1923 – 7 Jun 1974) ialah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
Remove ads
Pendidikan
Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1923 di Yan, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Seterusnya belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan lulus Senior Cambridge pada Disember 1940.
Kerjaya
Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi Pegawai Polis Negeri Kedah berpangkat Inspektor kecil (17 Oktober 1941) ; Ketua Polis Daerah Kuala Nerang ; Ketua Polis Daerah Baling (1948) ; Pegawai Penyiasat Jenayah (1949) ; Penolong Penguasa Polis ( Januari 1952) ; Penolong Ketua Polis Daerah Kulai, Johor ; Pegawai Penjaga Lingkungan Polis di Batu Gajah ; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960) ; Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963) ; Pengarah Cawangan Khas (1971) ; Timbalan Ketua Polis Negara (1972) dan Ketua Polis Negara yang ke-3 (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974).
Beliau dihantar untuk menghadiri Kursus Siasatan Jenayah selama 3 bulan di MillMeece Stafford, United Kingdom (April 1953) dan Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Rynton-on-Dunsmore atau Bramshill Police College di United Kingdom (1957).
Remove ads
Ditembak mati
Semasa menjadi Ketua Polis Negara (1973-1974) beliau ditembak oleh anasir subversif di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. Beliau lama berkhidmat di cawangan Khas iaitu selama 19 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Polis Negara selama 32 tahun dengan memegang pelbagai jawatan. Tahun 1974-1975 adalah tahun kedua pemberontakan komunis di Malaysia selepas 1958-1960.Tugu Negara turut diletupkan. Perang Vietnam antara Amerika Syarikat dan Vietnam dimenangi oleh gerila Vietnam. [1]Pembunuhan itu atas arahan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya.[2] Bagaimanapun Karpal Singh meminta penjelasan lanjut misteri pembunuhan itu sebab tiada bukti yang jelas.[3]

Reben Perkhidmatan
![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() |
Pingat dan anugerah
Beliau menerima anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) (1961) ; Pingat Peringatan Kedah (1965) ; Johan Mangku Negara (J.M.N) (1961) ; Bintang Republik Indonesia yang dianugerahkan oleh Presiden Indonesia Suharto (1970) ; Crown Second Class oleh Raja Thailand (1970) ; Bintang Bhayangkara Utama oleh Republik Indonesia (1973), Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) dan Setia Mahkota Kedah (S.M.K.).[4]
Remove ads
Rujukan dan pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads