Abdullah ibn Abbas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
`Abdullah ibn `Abbas (Arab: عبد الله ابن عباس; s. 619–687 Masihi / 3 SH - 68 Hijrah) ialah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai anak kepada bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Muttalib serta isterinya, Lubabah binti Harith. Beliau juga merupakan ulama dalam bidang pemahaman Al-Quran.[7][8]
Remove ads
Kehidupannya
Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak dalam kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara.
Sumbangan
Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari.
Berkat kecerdasan otak beliau, Abdullah berjaya mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.
Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk membina sebuah kerajaan baru setelah Kerajaan Bani Ummaiyyah dilihat agak tersasar dari matlamatnya. Kemudian lahirlah sebuah kerajaan yang mengambil sempena namanya iaitu Daulah Bani Abbasiyyah.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads