Mohd Adib Mohamad Adam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Seri Haji Mohd Adib bin Haji Mohamad Adam (2 Julai 1941 – 21 September 2022) merupakan seorang ahli politik dan kini tokoh korporat yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Melaka yang kelima dari 11 Julai 1978 – 26 April 1982. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.
Remove ads
Pendidikan dan kerjaya
Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka. Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah di Kuala Selangor. Seterusnya meletak jawatan dan menjadi Setiausaha eksekutif di ibu pejabat UMNO, PWTC. Pada tahun 1971, beliau dilantik sebagai Atase Maklumat kepada Kedutaan Malaysia di Belanda.
Keluarga
Anaknya sulungnya, Aida Mohd. Adib dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1967. Aida belajar di Convent Bukit Nanas School dan belajar Undang-undang di South Bank University London.
Anak keduanya, Ahmad Azuwar Mohd. Adib dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1968. Azuwar bersekolah di Sekolah Alam Shah dan belajar undang-undang dan sosiologi di Universiti Keele.
Anak ketiganya, Ahmad Azam lahir di Kuala Lumpur 1976. Dia bersekolah di Sekolah Alam Shah dan belajar jurusan Pengajian Perniagaan di Richmond College University, London.
Anak keempatnya, Azdarlina lahir pada tahun 1989. Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (M) dan belajar jurusan kejuruteraan komunikasi di Kolej university damansara utama.
Remove ads
Ketua Menteri Melaka
Selepas memenangi kerusi DUN Ayer Panas di dalam Pilihan raya Umum 1978, beliau dilantik menggantikan Datuk Setia Haji Abdul Ghani Ali sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982. Ketika dilantik beliau baru berumur 37 tahun dan telah menjadi ketua menteri selama empat tahun. Tempat bliau kemudiannya diganti oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 1982.[1] Selaku Ketua Menteri, beliau telah merasmikan Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba pada 21 Jun 1981 dan juga merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba.
Jemaah Menteri
Beliau menang bertanding di parlimen Alor Gajah, Melaka. Apabila Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1981, Mohamed Rahmat digugurkan sebagai Menteri Penerangan dan tempatnya digantikan oleh Dato' Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam (1982-1984). Seterusnya beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan dari 17 Julai 1984 - 11 Ogos 1986 dan berperanan untuk memimpin Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Remove ads
Buku biografi
- Datuk Seri Adib bin Adam - oleh Siti Rohana Omar.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads