Pakatan Harapan
Gabungan parti politik nasional di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah gabungan politik di Malaysia, pengganti kepada Pakatan Rakyat. Gabungan ini ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai gabungan parti pembangkang. PH mempunyai 3 parti komponen iaitu PKR, DAP dan AMANAH. Kini, gabungan ini merupakan anggota Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Pengerusi PH Anwar Ibrahim di peringkat Kerajaan Persekutuan bersama-sama BN, GPS, GRS, WARISAN, KDM dan PBM. PH mempunyai 3 ketua kerajaan negeri iaitu Amirudin Shari (MB Selangor), Chow Kon Yeow (KM Pulau Pinang) dan Aminuddin Harun (MB Negeri Sembilan). PH juga sebahagian daripada Kerajaan Negeri Perak, Pahang, Melaka dan Sabah.
Remove ads
Parti Komponen
Penubuhan
Pakatan Harapan merupakan pengganti terus kepada gabungan tiga parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Gabungan ini ditubuhkan pada 22 September 2015, dua tahun selepas pilihan raya umum 2013, kerana perselisihan faham dan konflik antara PAS dan DAP terutamanya mengenai isu pelaksanaan undang-undang syariah, menyebabkan PAS berpecah dari Pakatan Rakyat dan membubarkan gabungan itu pada 16 Jun 2015.[5][6][7] Pembubaran itu menyebabkan pembentukan gabungan baru bernama Pakatan Harapan, yang terdiri daripada bekas parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan sempihan dari PAS iaitu, Parti Amanah Negara (AMANAH).[8][9]
Pada 12 November 2016, parti serpihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang disingkatkan sebagai BERSATU, mengesahkan bahawa parti itu komited untuk menyertai blok pembangkang Pakatan Harapan, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi BERSATU dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.[10][11] Kemudian pada 13 Disember, BERSATU membentuk pakatan pilihan raya dengan Pakatan Harapan menerusi perjanjian tujuh perkara di ibu pejabat PKR,[12] dan pada 14 Mac 2017, BERSATU secara rasmi menyertai Pakatan Harapan sebagai ahli.[13]
Remove ads
Struktur Kempimpinan
|
|
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara (Senator)
Dewan Rakyat
Pakatan Harapan mempunyai 81 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.
Dewan Undangan Negeri
Remove ads
Kerajaan negeri Pakatan Harapan
Keputusan pilihan raya umum
!2022 |
82 / 222
| 220 | 5,801,327 | 37.46% | ▼41 seats; Governing coalition with Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak and Gabungan Rakyat Sabah |Anwar Ibrahim
Remove ads
Keputusan pilihan raya negeri
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
