Adolf Strauss
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Adolf Strauß (6 September 1879 – 20 Mac 1973) adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Seperti semua ketumbukan Jerman di Perbatasan Timur, Tentera Darat Ke-9 Strauß melaksanakan jenayah Perintah Komisar.[1]
Selaku Panglima Kor II, Strauß terlibat dalam Pencerobohan Poland. Pada 30 Mei 1940, beliau telah dilantik Panglima Tentera Darat Ke-9 di Perancis. Strauß terlibat dalam Operasi Barbarossa bersama Kumpulan Tentera Darat Tengah. Pada Januari 1942 beliau telah digantikan oleh Walter Model sebagai Panglima Tentera Darat Ke-9 susulan dari kejayaan awal tentera Soviet semasa Pertempuran Rzhev berlangsung dan beliau dihantar ke Führerreserve (pegawai simpanan).[2] Pada September 1944, beliau telah dilantik sebagai Panglima Besar Perkubuan Timur (Oberbefehlshaber des Festungsbereiches Ost). Pada awal Mei 1945 Strauss menjadi tawanan British dan pada Mei 1949 beliau telah dibebaskan. Beliau meninggal dunia pada 20 Mac 1973 di Lübeck.
Remove ads
Tarikh kenaikkan pangkat
- Fähnrich - 15 Mac 1898
- Leutnant - 1 Julai 1901 (dengan senioriti dari 17 Oktober 1899)
- Oberleutnant - 16 Jun 1910
- Hauptmann - 8 Oktober 1914
- Major - 1 Januari 1924
- Oberstleutnant - 1 Mei 1929
- Oberst - 1 April 1932
- Generalmajor - 1 Disember 1934
- Generalleutnant - 1 April 1937
- General der Infanterie - 10 November 1938
- Generaloberst - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 2 dan Kelas 1
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 1 dan Kelas 2
- Knight Cross of the Iron Cross pada 27 Oktober 1939 selaku General der Infanterie dan Panglima II. Armeekorps[3]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads