Hauptmann
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hauptmann (bahasa Jerman: [ˈhaʊ̯pman] ( dengar)) ialah perkataan Jerman yang biasanya diterjemahkan sebagai kapten apabila ia digunakan sebagai pangkat pegawai dalam Tentera Darat Jerman, Angkatan Tentera Austria, dan Angkatan Tentera Swiss. Walaupun Haupt dalam bahasa Jerman kontemporari bermaksud 'main' ('utama'), ia juga mempunyai maksud asal 'head' ('ketua'), iaitu Hauptmann secara literal diterjemahkan kepada 'head-man' ('ketua komuniti'), yang juga merupakan akar etimologi bagi kapten (dari Bahasa Latin caput, 'head'). Pada masa ini tiada istilah wanita, seperti Hauptfrau dalam militari, bentuk panggilan sebenar untuk wanita ialah "Frau Hauptmann".[1][2]Ia menyamai pangkat kapten dalam Tentera Darat British dan Tentera Darat Amerika Syarikat, dan ditakrifkan OF-2 dalam NATO. (Untuk rakan sejawat maritim Jerman dengan kepten, lihat Kapitän).
Secara umumnya, Hauptmann boleh menjadi ketua bagi mana-mana kumpulan manusia yang berstruktur hierarki, selalunya sebagai kata majmuk. Sebagai contoh, Feuerwehrhauptmann adalah kapten pasukan bomba[perlu rujukan][meragukan ], manakala Räuberhauptmann merujuk kepada ketua geng perompak.
Gelaran rasmi Austria dan Jerman yang menggabungkan perkataan itu termasuk Landeshauptmann, Bezirkshauptmann, Burghauptmann, dan Berghauptmann.
Di Saxony semasa era Republik Weimar, gelaran Kreishauptmann, dan Amtshauptmann dipegang oleh penjawat awam senior.
Hauptmann (dari Bahasa Tinggi Jerman Moden Awal Heubtmann) adalah serumpun dengan hövitsman Sweden, yang juga mempunyai makna akar 'head-man' atau 'the man at the head', dan berkait rapat dengan hövding, bermaksud 'penghulu'. Sejak zaman pertengahan, kedua-dua gelaran telah digunakan untuk para pentadbir negeri dan bukannya anggota tentera. Heubtmann juga mungkin berasal dari gelaran hetman, digunakan di Eropah Tengah dan Eropah Timur.
Remove ads
Austria
![]() |
- Insignia pangkat bagi Hauptmann
- Tentera Darat
Jerman
Kapten Hauptmann | |||||||
| |||||||
Negara | ![]() | ||||||
Cabang perkhidmatan | ![]() ![]() | ||||||
Singkatan | H atau Hptm | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||||||
Diperkenalkan | Abad ke-19 | ||||||
Kod NATO | OF-2 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Kapitänleutnant | ||||||
Tanda pangkat
Pada epaulet (Heer, Luftwaffe) terdapat tiga paku (bintang) berwarna perak.
Pangkat junior Oberleutnant |
![]() ![]() (Pangkat pegawai Jerman) |
Pangkat senior Stabshauptmann |
Remove ads
Switzerland
![]() |
- Insignia pangkat bagi Hauptmann
- Tentera Darat
Pengawal Swiss
![]() |
- Insignia pangkat bagi Hauptmann
- Tentera Darat
Lihat juga
- Pangkat Bundeswehr Jerman
- Lencana pangkat Bundeswehr Jerman
- Perbandingan pangkat pegawai Perang Dunia I
- Perbandingan pangkat pegawai Perang Dunia II
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads