Afifi al-Akiti
cendekiawan pengajian Islam From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Dr. Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[2][3] - ialah Felo KFAS dan pensyarah pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[4] serta pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[5] dan juga merupakan felo pensyarah Kolej Worcester, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama yang berjaya menjadi pensyarah universiti itu.[6]
Dato' Afifi telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai korpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyhur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan. Selain itu, tiga jilid kajiannya yang menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknik dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Major Madnun.[7][8]
Remove ads
Pendidikan
Dato' Afifi, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan dunia Islam dan tradisi Barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai ulama mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, di mana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[9]
Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dato' Afifi telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[10]
Pada tahun 2010, Dato' Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, Malaysia, di mana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah.[11]
Remove ads
Penghormatan
- Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) (2011)
- Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M) (2012) dengan gelaran Dato'
Pautan luar
Pautan video
Pautan berita
- Scholar Urges Ulama To Be Equipped With Other Knowledge
- Ulama Perlu Lengkapi Diri Dengan Pengetahun Lain, Kata Cendekiawan Oxford
- Penseur malaisien: Oulémas musulmans doivent apprendre les nouvelles sciences
- Muslim perlu hidupkan semula semangat penyelidikan (Berita Harian)
- Watch This Face: Dr Afifi al-Akiti (Emel, issue no. 62, Nov 2009)
- New Statesman - Suicide attacks are un-Islamic
- Syed Jaafar, Muhammad Afifi dilantik ahli majlis MAAIAMP (Utusan Malaysia) Diarkibkan 2010-09-15 di Wayback Machine
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads