Ahmad Yahaya

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya (Jawi: احمد @ سعد بن يحيى) (lahir 1975) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar.

Fakta Segera Didahului oleh, Majoriti ...
Remove ads

Latar belakang

Ahmad Yahaya merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Dakwah dari Universiti Islam Riau di Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Tentera, Tok Jalai dan menyambung pengajian ke Madrasah At-Taufiqiah Batu 16 atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Politik

Ahmad Yahaya melibatkan diri dalam politik sejak tahun 1997. Beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Alor Setar, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Setiausaha Muassasah Darul Ulum, Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah serta Setiausaha Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Sementara itu, jawatan yang masih disandang sebelum beliau dilantik sebagai pesuruhjaya, antaranya Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, YDP PAS Kawasan Alor Setar dan diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA). Selain itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Remove ads

Anugerah dan pengiktirafan

  • Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' (2021)

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimeb ...

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads