Ahn So-hee

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ahn So-hee
Remove ads

Ahn So-hee (Hangul: 안소희; lahir 27 Jun 1992), lebih dikenali sebagai Sohee, ialah seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara Korea Selatan. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Wonder Girls.

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Remove ads

Kehidupan dan karier

Kehidupan awal dan karier muzik

Sohee dilahirkan pada 27 Jun 1992.[1] Beliau telah dipilih menerusi ujibakat dan ketika berumur 12 tahun, beliau menjadi seorang pelatih JYP. Pada tahun 2007, Sohee membuat kemunculan pertamanya bersama Wonder Girls. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama menerusi lagu "Irony", menampilkan Sohee sebagai penari dan penyanyi vokal kumpulan ini.[2] Kumpulan ini mencapai populariti menerusi lagu "Tell Me", "So Hot" dan "Nobody" dalam tempoh kurang daripada 2 tahun selepas kemunculan pertama mereka.

Dalam sebuah pengumuman rasmi JYP Entertainment, ia telah didedahkan bahawa Sohee tidak akan menyambung kontrak beliau bersama syarikat ini sekaligus mengakhiri tempoh enam tahun sebagai ahli Wonder Girls.[3] Kontrak beliau bersama syarikat ini tamat pada 21 Disember 2013.[4]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads