Aiman Tino

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Aiman Tino
Remove ads

Mohammad Aiman Yusri (lahir 27 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino (Jawi: أيمان تينو) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian umum selepas single sulung beliau iaitu "Ku Rela Dibenci" mula mendapat sambutan. [1] Pada 27 April 2023, aiman selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Syarah Haifa dengan sekali lafaz. [2]

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan awal

Aiman berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan merupakan anak keempat dari 10 orang adik beradik[3]. Beliau juga mempunyai seorang kakak yang turut sama berada dalam bidang nyanyian iaitu Fara Hezel[4][5].

Kerjaya

Aiman mula dikenali oleh peminat di Malaysia apabila lagu single beliau iaitu "Ku Rela Dibenci" menjadi popular dan mencipta fenomena di Youtube apabila mendapat tontonan sehingga 21 juta. Lagu ini juga merupakan hasil karya ibu bapa Aiman iaitu Yusri Ishak yang menggunakan nama pena ACK dan Riena [6]. Lagu ini juga diumumkan sebagai antara lagu pilihan pengunjung pada Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 atau Anugerah K-20 yang dianjurkan oleh pusat karaoke terkenal, Kumpulan Karaoke Red Box [7]

Nama Aiman Tino yang digunakan oleh beliau merupakan nama timangan beliau sejak dari kecil. Tambahan pula, ibu beliau amat meminati Herman Tino.[8].

Beliau juga dilamar oleh syarikat Aries Music dan telah menjadi artis bawah naungan syarikat tersebut [9]

Pada 22 Januari 2017, lagu Ku Rela Dibenci telah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-31 dan Aiman telah membuat persembahan dengan membawa lagu tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur [10]

Selain menyanyi, Aiman juga telah mencuba nasib sebagai seorang pelakon dan telah membintangi dalam drama seperti drama bersiri Mak Cun musim ke-4 serta memegang watak sebagai Kumin dalam drama tersebut [11] [12].

Seterusnya, Aiman telah kembali dengan single terbaru berjudul Ku Sesat Dalam Rindu pada tahun 2018 dan single tersebut berjaya mendapat sambutan yang baik daripada peminat beliau [13]

Pada 2019, Aiman akan muncul dalam telefilem khas bergenre komedi seram bertajuk Penunggu Simpang. Diarahkan oleh Along Kamaludin bersempena Drama Festival Kuala Lumpur 2019.[14]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 11 Oktober 2018[15] , Aiman dijangka menjalani pembedahan membuang tonsil beliau namun terpaksa menangguhkannya kerana takut ia memberi kesan kepada suara beliau [16] [17].

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Aktivisme

Pada 11 November 2020, Aiman telah dipilih sebagai salah seorang daripada 6 selebriti yang dilantik sebagai ikon Antidadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).[18] Turut dilantik ialah Elisya Sandha, Izzmad Harun dan Floor 88.[19]

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads