Ajinomoto

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ajinomoto
Remove ads

Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社, Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.

Fakta Segera Nama asli, Nama rumi ...

Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.

Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto USA, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.

Remove ads

Perbalahan

Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG.[2][3] pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.

Pengkomplotan penetapan harga lisina

Ajinomoto merupakan salah satu ahli kartel penetapan harga lisina pada pertengahan dekad 1990-an. Bersama-sama dengan Kyowa Hakko Kogyo, dan Sewon America Inc., Ajinomoto menyelesaikan perkara ini dengan Bahagian Antitrust Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada September 1996. Setiap syarikat dan seorang eksekutif daripada syarikat masing-masing mengaku salah sebagai sebahagian persetujuan rayuan untuk membantu penyiasatan lanjut. Kerjasama mereka menghasilkan penyelesaian dengan Archer Daniels Midland pada Oktober 1996 sebanyak AS$100 juta yang merupakan denda antitrust yang tertinggi ketika itu.[4] Kartel tersebut dapat meningkatkan harga lisina sebanyak 70% dalam tempoh kerjasama sembilan bulan yang pertama.[5]

Remove ads

Anak syarikat

  • Ajinomoto USA, Inc. ialah sebuah anak syarikat milik penuh Ajinomoto Co., Inc.
    • Ajinomoto AminoScience LLC ialah sebahagian anak syarikat Ajinomoto USA, Inc. yang membekalkan keluaran asid amino dan perkhidmatan kepada sebilangan industri pengeluaran dan penyelidikan.[6]

Di United Kingdom, perasa monosodium glutamat Ajinomoto dikeluarkan melalui Britannia Pharmaceuticals Limited, sebuah anak syarikatnya di United Kingdom.

Di Ajinomoto syarikat di Filipina mempunyai enam jenama.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads