Akad Yang Terlindung

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Akad Yang Terlindung ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Ia dibintangi oleh Adam Lee dan Siti Hariesa. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 14 Januari hingga 17 Februari 2025 menggantikan Cinta Bukan Milik Kita.

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...

Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang kuasa, cinta, dan pengkhianatan dalam sebuah keluarga yang penuh dengan rahsia.

Sophia (Siti Hariesa) membesar bersama ibunya, Aisyah, di bawah naungan keluarga kaya Dato’ Haris dan Datin Leyla, di mana ibunya bekerja sebagai pembantu rumah. Sepanjang hidup mereka, Aisyah dan Sophia sering menjadi mangsa penghinaan dan layanan buruk Datin Leyla serta anak sulungnya, Lisa. Namun, anak kedua mereka, Lara, sering menunjukkan rasa simpati dan menentang perlakuan kejam tersebut.

Apabila Sophia dewasa, dia mula bangkit melawan ketidakadilan yang dialaminya. Nekad untuk mencari kebebasan, Sophia mengajak ibunya meninggalkan rumah itu. Namun, Aisyah menolak kerana terikat dengan sesuatu rahsia yang tidak dapat dijelaskan.

Sophia kemudian bertemu dengan Remy (Adam Lee), seorang klien yang datang untuk mendapatkan rawatan fisioterapi. Meskipun Sophia berusaha untuk bersikap profesional, Remy sebaliknya menunjukkan minat romantik terhadapnya. Perasaan mereka mula mekar, tetapi percintaan mereka tidak semudah yang disangka.

Remy juga datang daripada keluarga yang berantakan. Ayahnya, Azri, sering mempergunakannya demi kepentingan syarikat keluarga. Hak Remy sebagai pewaris syarikat dinafikan kerana pengaruh besar isteri kedua Azri yang lebih menyebelahi anak tirinya, Raff.

Konflik bertambah rumit apabila Dato’ Haris dan Azri mempunyai rancangan tersendiri untuk menyatukan Lisa dan Remy demi mengukuhkan empayar perniagaan mereka. Lisa yang terlalu menginginkan kedudukan Remy sebagai CEO sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan rancangan ini menjadi kenyataan. Namun, Remy terperangkap antara kehendak keluarga dan hatinya sendiri yang masih terpaut pada Sophia.

Sophia merasakan dirinya dikhianati apabila mengetahui tentang hubungan yang dirancang antara Remy dan Lisa. Lebih menyakitkan, individu yang merebut cintanya ialah orang yang paling dibencinya sejak kecil. Adakah Sophia akan menyerah kalah kepada takdir, atau adakah dia mampu melawan demi mempertahankan kebahagiaannya?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

  • Adam Rizz sebagai Remy (kecil)
  • Nur Raisya Faisya binti Ahmad Norpairfindi sebagai Sophia (kecil)

Pelakon tambahan

  • Nur Atira Mazlan Shida
  • Saiful Azalee
  • Bahiyah
  • Wan Nurul Amirah
  • Muhammad Zuhair bin Norazmi
  • Muhammad Suffi Mustaqim bin Othman
  • Khairi Zubaidi bin Zakaria
  • Rusyaidi Jazmiey bin Mohd Razi
  • Aiman Harriths bin Andrea Budiman
  • Khirul Azmi bin Kamaruddin
  • Nurul hidayah binti Abdul kadir
  • Mohamad Ariff bin Fahmy
  • Engku Mawardi Maliki bin Engku Malik
  • Muhammad Amirul Hakim
  • Muhd Erman Ibrahim
  • Nur Azreena
  • Shafiyah
  • Fira
  • Norsuziana binti Anuar
  • Wan Nur Afina binti Wan Roslan
  • Nurhanis Bte Beseri
  • Muhammad Alif Fikri Bin Abdul Razak
  • Iman Danish
  • Ady Mohammad sebagai Kawan Raff
  • Chin Wei Kit
  • Muhd Haziq
  • Adly Azharie
  • Muhammad Wafee
  • Juahir Mizie
  • Fadzil Aziz
  • Mohd Faizy
  • Syahir Hannan
  • Nadira Izaty
  • Tan En Chi
  • Tan Jie Yi
  • Ahmad Zulhilmi
  • Erra Fatihah
  • Norhadayah Sahar
  • Hashim Osman
  • Hannah Zaqisyam
  • Muhd Asyraf Amir
  • Abdullah Syakir
  • Muhammad Adib bin Alias
  • Zulaikhie bin Mursidi
  • Mohammad Zahrul Ashraf bin Sahardin
  • Siti Nursyamira Akmal binti Alai Azami
Remove ads

Pautan luar

Maklumat lanjut TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam, Sebelumnya ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads