Slot Samarinda

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Samarinda ialah sebuah slot drama bersiri Malaysia yang disiarkan pada jam 10:30 - 11:00 malam, Selasa - Khamis, di TV3, bermula tahun 2004.

Slot Samarinda kini ditayangkan pada hari Isnin - Khamis, jam 10:00 malam dan ulangannya pada hari Selasa hingga Jumaat, jam 1:30 pagi.

Sejarah Waktu Siaran Slot Samarinda

2004

  • Slot ini diperkenalkan sebagai pecahan kepada Slot Identiti yang menampilkan kisah-kisah cinta, kekeluargaan dan korporat. Slot Identiti kemudian dijenamakan sebagai Slot Akasia.
  • Slot ini banyak menampilkan drama-drama berkisarkan dunia korporat dan lambang kemewahan konflik kehidupan di kota. Mengimbas kehadiran slot Samarinda ini, ia mula ditayangkan pada 2004 dengan itu menjadi slot drama lewat malam paling awal yang diperkenalkan dan bertahan hingga hari ini.

2013

  • Pada tahun 2013, Slot ini ditayangkan selama 1 jam.

2019 - kini

  • Pada tahun 2019, Slot ini bersiaran setiap hari Isnin - Khamis, 10:00 malam.

2021

  • Pada 22 Julai 2021, Slot Samarinda telah direhatkan buat sementara waktu bagi memberi laluan menyiarkan drama bersiri Melayu.
  • Pada 26 Ogos 2021, Slot Samarinda telah kembali bersiaran.

2022

  • Pada 14 Mac 2022, Slot Samarinda akan bersiaran Isnin hingga Jumaat bagi menyambut bulan Ramadan al-Mubarak.
  • Pada 9 Mei 2022, Slot Samarinda direhatkan sementara bagi memberi telefilem edisi khas raya yang bersiaran Isnin hingga Jumaat.
  • Pada 16 Mei 2022, Slot Samarinda ini akan kembali bersiaran Isnin hingga Jumaat.
  • Pada 20 Jun 2022, Slot Samarinda ini kembali bersiaran Isnin Hingga Khamis bagi memberi laluan kepada drama Gerak Khas Undercover yang kembali bersiaran setiap Jumaat.
  • Pada 17 November 2022, TV3 telah mengubah waktu siaran Slot Samarinda iaitu pada jam 10:30 - 11:30 malam (Setiap Khamis sahaja) bagi memberi laluan kepada siaran langsung Mandat Rakyat PRU - 15 sempena pilihan raya umum Malaysia ke-15.

2023

  • Bulan Ramadan, Slot ini bersiaran Setiap Isnin Hingga Jumaat pukul 10.00 Malam.

2024

  • Pada 14 November 2024, Slot ini direhatkan sementara untuk memberi laluan kepada siaran langsung Separuh Akhir Muzik Muzik 39 yang disiarkan pada hari Khamis.

2025

  • Pada 31 Mac & 1 April 2025, Slot ini direhatkan sementara bagi memberi telefilem edisi khas raya yang bersiaran hari Isnin dan Selasa.
Remove ads

Senarai Drama

Maklumat lanjut AKAN DATANG 2025 ...
Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads