Akar manis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Akar manis
Remove ads

Akar manis atau akar manis cina[1] (bahasa Inggeris U.K: liquorice, A.S.: licorice)[2] adalah tumbuhan saka kekacang spesies Glycyrrhiza glabra yang bertaburan di kawasan Eropah Selatan dan seberapa wilayah Asia seperti India; akar ia diperolehi mempunyai rasa manis dan beraroma tersendiri yang boleh dibuat gula-gula atau pemanis, terutama dalam masakan beberapa negara-negara Eropah dan Timur Tengah. Ia tiada kaitan secara salasilah botani dengan jintan manis, bunga lawang, atau adas meskipun mengandungi sebatian perisa yang sama.

Fakta Segera Akar manis, Pengelasan saintifik ...

Ekstrak akar ia digunakan dalam ubat-ubatan herba tradisional.[3] Penggunaan pati ini secara berlebihan khususnya asid glisirizinik yang terkandung dalamnya (lebih dari 2 mg/kg/hari tulen) boleh menyebabkan kesan buruk, seperti hipokalemia, peningkatan tekanan darah, dan kelemahan otot.[4]

Remove ads

Penerangan

Etimologi

Nama tumbuhan ini pinjam terjemah bahasa Yunani γλυκύρριζα glukurrhiza diberikan oleh Dioskourides[5][6] gabungan γλυκύς (glukus), "manis"[7] dan ῥίζα (rhiza), "akar".[8][9]

Botani

Thumb
Glycyrrhiza glabra - MHNT

Ia adalah herba saka yang boleh tumbuh mencapai setinggi 1 meter dengan daun pinat panjang sekitar 7–15 cm (2.8–5.9 in) dengan 9-17 dedaun kecil. Bunga selebar 0.8–1.2 cm (0.31–0.47 in) berwarna ungu atau biru pucat berputik jarang-jarang. Buah yang dihasilkan dalam bentuk lenggai membujur panjang 2–3 cm (0.79–1.18 in) mengandungi beberapa biji.[10] Akar ia merayap.[11]

Akar manis tumbuh seperti rerumputan (semak) di sebagian wilayah Eropa bagian selatan (Glycyrrhiza glabra). Spesies lainnya yang berasal dari Amerika Utara adalah G. lepidopta dan yang dari Tiongkok adalah G.uralensis. Yang terakhir ini banyak dipakai sebagai bahan obat-obatan Cina.

Tumbuhan ini membesar dengan baik di tanah yang dalam, subur, cukup air dan dalam iklim yang penuh cahaya matahari. Biasanya dipanen pada musim gugur 2 atau 3 tahun setelah penanaman.[12]

Remove ads

Penanaman

Negara-negara yang menanam tumbuhan ini secara komersil termasuk India, Iran, Itali, Afghanistan, Republik Rakyat China, Pakistan, Iraq, Iran, Pakistan, India dan Turki.[13]

Pengeluar produk tumbuhan ini yang terkemuka seluruh dunia adalah M&F yang mengeluarkan lebih dari 70% produk akar manis akhir di pasaran sedunia.[14]

Penggunaan

Ekstrak akar ia diperolehi dengan cara merebus akar dan menguapkan airnya, di mana sebatian yang tersisa dapat digunakan dalam bentuk bubuk ataupun sirup cair. Zat yang terkandung di dalamnya adalah glycyrrhizin yang sangat manis 50 kali lebih daripada gula dan memiliki khasiat perubatan. Spesies G.uralensis adalah jenis akar manis yang paling banyak mengandung zat ini.

Remove ads

Sifat dan khasiat

Kimia

Thumb
Banyak kemanisan dalam liquorice datang dari glycyrrhizin

Bau liquorice akar datang dari kompleks dan berubah-ubah kombinasi sebatian, yang anethole adalah 3% dari jumlah meruap. Banyak kemanisan dalam liquorice datang dari glycyrrhizin, yang mempunyai rasa yang manis, 30-50 kali manis gula. Kemanisan adalah sangat berbeda dari gula, menjadi kurang segera, tart, dan tahan lagi.

Ada dua jenis fitoestrogen yang terkandung dalam bahan ini iaitu glabrena isoflavena dan glabridin isoflavana.[15][16]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads