Gula
disakarida dibentuk oleh molekul glukosa dan satu daripada fruktosa From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gula (Jawi: ݢولا; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3] (pinjaman Arab: سُكَّر, rumi: sukkar) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[4] dicirikan oleh suatu rasa manis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong")[5] atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung[6]).

Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[7] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[8]
Remove ads
Etimologi
Etimologi bagi perkataan gula mencerminkan penyebaran komoditi tersebut. Daripada bahasa Sanskrit śarkarā, yang bermaksud "gula yang dikisar atau dikristalkan". Perkataan dalam bahasa Sanskrit ini dipinjam ke dalam bahasa Latin Abad Pertengahan sebagai succarum, yang kemudiannya menjadi perkataan dalam bahasa Perancis Kuno abad ke-12 sucre, dan akhirnya menjadi bahasa Inggeris sugar.[9]
Perkataan dalam bahasa Inggeris jaggery, iaitu gula merah kasar yang dihasilkan daripada getah kurma atau jus tebu, mempunyai asal etimologi yang serupa: daripada bahasa Portugis jágara, yang berasal daripada bahasa Malayalam cakkarā, yang juga berasal daripada bahasa Sanskrit śarkarā.[10]
Remove ads
Sifat kimia
Gula jika dipanaskan haba akan mengurai lalu bertindak balas melepaskan sebatian meruap seperti asetil serta menampakkan tekstur unik, fenomena ini disebut sebagai pengkaramelan.
Jenis gula
Monosakarida
Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
- Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah.
- Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah.
- Galaktosa terdapat dalam susu.

Disakarida
Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:
Penghasilan
Kesan terhadap kesihatan
Pada 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam suatu laporan teknikal mengemukakan bukti hubungan peminuman air bergula (termasuk jus buah) dengan kebuncitan disebabkan pertambahan tenaga perlu yang diambil:[11] gula sendirinya bukan penyebabk kegemukan tetapi mampu mendorong kepada tabitan pemakanan tidak sihat jika diambil secara berlebihan.[11] Metaanalisis lanjut juga menunjukkan bahawa pengambilan berlebihan minuman dimaniskan gula meningkatkan risiko kencing manis tahap 2 dan sindrom metabolik pada kedua-dua lingkungan anak-anak dan dewasa.[12][13]
Gula turut menjejaskan kesihatan gigi kerana kerosakan yang boleh disebabkan pemakanan gula yang berlebihan.[11]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads