Akram Ikrami Taib Azamudden

pendakwah Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Akram Ikrami bin Taib Azamudden ialah seorang pendakwah Islam di Malaysia. Beliau pernah menyertai rancangan televisyen islamik, Pencetus Ummah pada 2016 dan memperoleh tempat ketiga[1]. Ketika bergelar mahasiswa, beliau pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia[2].

Fakta Segera Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Lembah Pantai ...
Remove ads

Latar belakang

Akram Ikrami dilahirkan pada 18 Disember 1989. Beliau merupakan anak kepada bekas Imam Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib. Selepas berakhirnya program Pencetus Ummah, beliau bergerak sendiri dengan meneruskan aktiviti dakwah dan motivasi[3]. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sejak 2017 sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja[4] Beliau sekali lagi dipilih sebagai AJK DPPM bagi sesi 2019–2019 sebagai Setiausaha[5]. Bagi sesi 2021–2023, beliau sekali lagi dilantik sebagai AJK DPPM dan menggalas tugas Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads