Afnan Hamimi Taib Azamudden
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ustaz Afnan Hamimi bin Ustaz Dato' Haji Taib Azamudden (lahir 27 Jun 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Alor Setar. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Pemuda PAS Pusat.
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Afnan Hamimi merupakan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Taib Azamudden Md Taib, dan merupakan abang kepada Pencetus Ummah Akram, peserta rancangan Pencetus Ummah terbitan Astro.
Afnan Hamimi melanjutkan pengajian Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) di Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Remove ads
Karier awal
Afnan Hamimi berkhidmat sebagai pengurus besar untuk Ahsana Enterprise. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (2012–2015), Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang (2013–2015), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (2013–2015) dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penubuhan Perbadanan Wakaf Pulau Pinang (2014).
Karier politik
Beliau berkhidmat sebagai ketua sayap Pemuda PAS Pulau Pinang. Kemudian, beliau memenangi pemilihan sebagai naib ketua sayap Pemuda PAS dari 2021 hingga 2023. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua sayap Pemuda PAS pada pemilihan pimpinan PAS 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada tahun 2020 hingga 2022.
Pada pilihan raya umum 2022, beliau memenangi kerusi untuk Alor Setar dan menjadi orang Melayu pertama yang mewakili kawasan itu.
Kehidupan peribadi
Afnan Hamimi telah berkhawin dengan Najibatulhuda Abdul Raman dan mereka dikurniakan dengan enam orang anak.
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Baca lagi
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
