Alam Flora

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Alam Flora Sdn. Bhd. (digayakan sebagai Alamflora) merupakan syarikat pengurusan alam sekitar Malaysia yang terlibat dalam pengurusan sisa dan bahan buangan, pelupusan sisa pepejal yang didedikasikan untuk berkhidmat kepada komuniti untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum. Alam Flora ditubuhkan pada 1995 dan merupakan anak syarikat DRB-HICOM, konglomerat infrastruktur Malaysia.[1]

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Remove ads

Sejarah

Perkembangan terkini

Pada Jun 2011, Kerajaan Negeri Selangor memfailkan saman balas terhadap Alam Flora ekoran tindakan syarikat itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih kerja-kerja pembersihan di negeri itu.[2] Bermula 16 Oktober 2011, Alam Flora telah menghentikan penyediaan pembersihan tempat awam dan pengumpulan sisa pepejal di Selangor. Langkah ini dibuat berikutan keputusan kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan ini.[3][4]

Syarikat ini juga memperkenalkan peralatan pembersihan berkonsep hijau sempena Sukan SEA ke-29 (KL2017) sejajar dengan inisiatif meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar dan pengurusan lestari sisa pepejal.[5]

Pada Ogos 2018, DRB-HICOM mengumumkan cadangan untuk menjual seluruh pegangan saham 97.37 peratus dalam Alam Flora kepada Malakoff Corporation Berhad dengan nilai kira-kira RM944.6 juta.[6][7]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads