Alberta

From Wikipedia, the free encyclopedia

Albertamap
Remove ads

Alberta (البرتا) /ælˈbɜrtə/ adalah sebuah negeri di Kanada. Anggaran populasi negeri ini ialah 3.6 juta pada tahun 2011,[3] menjadikanya negeri prairi paling padat penduduknya di Kanada. Alberta dan negeri jirannya, Saskatchewan telah ditubuhkan sebagai negeri pada 1 September 1905.[8] Negeri Alberta terletak di Barat Kanada di mana ia bersempadanan dengan British Columbia di barat, Saskatchewan di timur, Wilayah Barat Laut di utara serta negeri Montana Amerika Syarikat (A.S.) di selatan. Ia juga adalah satu daripada tiga negeri dan wilayah yang bersempadanan dengan hanya sebuah negeri di A.S. dan salah satu daripada dua negeri yang dikelilingi oleh daratan.

Fakta Segera Negara, Sebelum konfederasi ...

Edmonton, ibu kota Alberta, terletak berhampiran dengan pusat geografi negeri dan ia merupakan hab perkhidmatan dan bekalan utama bagi minyak dan pasir di Kanada serta sumber dari bahagian utara negara yang lain. 300 kilometer (190 batu) ke selatan ibu kota ini terletaknya hab bagi pengangkutan dan pengedaran merangkap bandar terbesar di Alberta iaitu Calgary.

Nama Alberta diambil sempena nama Puteri Louise Caroline Alberta (1848–1939),[9] anakanda perempuan ke-4 kepada Ratu Victoria, Ratu Kanada sehingga tahun 1901 dengan Putera Albert. Nama Gunung Alberta juga diambil daripada Puteri Louise sebagai tanda penghormatan.

Remove ads

Galeri

Panorama di Edmonton dan Calgary

Thumb
Edmonton
Thumb
Calgary

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads