Alfred von Tirpitz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Alfred von Tirpitz
Remove ads

Alfred Peter Friedrich von Tirpitz (19 Mac 1849 – 6 Mac 1930) adalah seorang Grossadmiral (Laksamana Besar) Jerman, Setiausaha Negara Jabatan Tentera Laut Imperial Jerman, bahagian pentadbiran terkuat Tentera Laut Imperial Jerman dari tahun 1897 sehingga 1916. Prusia tidak pernah mempunyai tentera laut yang besar, begitu juga negeri Jerman yang lain sebelum Empayar Jerman ditubuhkan pada tahun 1871. Tirpitz mengambil alih Tentera Laut Imperial yang sederhana dan, bermula pada era 1890an, mengubahnya kepada sebuah kuasa laut bertaraf dunia yang dapat mengancam Tentera Laut Diraja British. Tentera Lautnya, bagaimanapun, tidak cukup kuat untuk berhadapan British dengan jayanya dalam Perang Dunia Pertama; satu pertembungan hebat di laut, iaitu Pertempuran Jutland, berakhir dalam keadaan seri dengan kedua-dua pihak mengaku menang. Tirpitz beralih ke peperangan kapal selam, yang menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat. Beliau telah dipecat pada tahun 1916 dan tidak pernah kembali berkuasa.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Tarikh kenaikkan pangkat

Penghormatan

  • Doktor Kehormat dari Universiti Göttingen (16 Jun 1913) dan Universiti Greifswald
  • Doktor Kehormat Kejuruteraan dari Technische Hochschule Charlottenburg
  • Tokoh berjasa bandaraya Frankfurt an der Oder (15 Januari 1917)
  • Kapal tempur Jerman Tirpitz telah diberi nama sempena nama beliau pada tahun 1939.

Karya

  • My Memoirs. London/ New York. 1919. Republished in a single volume by NSNB with an introduction by Erik Empson in 2013 ASIN B00DH2E9LE.
  • The structure of German World Power. Stuttgart/ Berlin. 1924.
  • German policy. Hamburg/Berlin. 1926.
  • Memories, 5 volumes. Berlin/Leipzig. 1927.

Lihat juga

Nota

Pautan luar

Bibliografi

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads