Laksamana (Jerman)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Admiral, singkatan Adm, (bm: Laksamana) adalah pangkat pegawai berbendera paling tinggi dalam Tentera Laut Jerman. Ia bersamaan dengan pangkat Jeneral (Jerman) dalam Tentera Darat Jerman atau Tentera Udara Jerman. Didalam Pasukan Perubatan Pusat tidak ada persamaan pangkat. Dalam Tentera Laut Jerman Laksamana adalah, seperti dalam banyak tentera laut, sejenis pangkat empat bintang dengan kod NATO OF-9. Pada masa ini terdapat seorang laksamana dalam Tentera Laut Jerman, Laksamana Manfred Nielson, bertugas sebagai Timbalan Panglima Tertinggi Transformasi Bersekutu di Norfolk, Virginia.
Laksamana Admiral | |||||||
| |||||||
Negara | ![]() | ||||||
Cabang perkhidmatan | ![]() | ||||||
Singkatan | Adm | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | ||||||
Pangkat | Empat bintang | ||||||
Diperkenalkan | 1956 | ||||||
Kod NATO | OF-9 | ||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | General | ||||||
Bagaimanapun, di angkatan laut yang bertutur bahasa Jerman, contohnya Tentera Laut Imperial Jerman, Reichsmarine, Kriegsmarine, Volksmarine, dan K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary, Laksamana merupakan seorang pegawai berpangkat tiga bintang OF-8.
Remove ads
Panggilan rasmi
Cara panggilan rasmi warga tentera untuk pangkat Laksamana (OF-9) ialah "Herr/Frau Admiral". Namun, seperti tradisi tentera laut Jerman yang memanggil dalam bahasa pelaut pegawai tentera dengan mana-mana pangkat pegawai berbendera (OF-6 hingga OF-9) ialah "Herr/Frau Admiral". Dalam Tentera Laut Imperial Jerman, seorang Admiral akan dipanggil sebagai "Eure Exzellenz" (Tuan Yang Terutama)[1]
Insignia pangkat dan pentakrifan
Insignia pangkat, yang dipakai pada pergelangan dan bahu, merupakan satu bintang bucu lima di atas baris lebar warna emas dan tiga baris sederhana (tanpa bintang apabila gelung pangkat jenis slip-on dipakai).
Pangkat ini ditakrifkan OF-9[2] dalam NATO, dan setara dengan Jeneral dalam Heer, dan Luftwaffe. Ia gred B10 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan.
![]() Pangkat pegawai laut Jerman | ||
pangkat junior Vizeadmiral |
Laksamana Jeneral |
pangkat senior Tiada |
Turutan pangkat (dari atas ke bawah) dalam kumpulan tersebut adalah seperti berikut:
- OF-9:[3] Admiral / General
- OF-8: Vizeadmiral / Generalleutnant
- OF-7: Konteradmiral / Generalmajor
- OF-6: Flottillenadmiral / Brigadegeneral
Remove ads
Sejarah pangkat Laksamana di Jerman
Tentera laut Jerman sehingga 1945
Pangkat Laksamana mula-mula muncul di Jerman pada abad ke-19 dan telah berkembang pada awal abad ke-20 sebagai sebahagian daripada pembinaan dan mobilisasi untuk persediaan Perang Dunia I. Pangkat tersebut sekali lagi menyaksikan kebangkitan semasa Perang Dunia II. Terdapat ramai Laksamana terkenal Jerman semasa tahun-tahun pembentukan kuasa tentera laut Jerman, di antara mereka ialah Otto von Diederichs, Gustav von Senden-Bibran, Georg Alexander von Müller, August von Heeringen, Alfred von Tirpitz dan (kemudian) Karl Dönitz.
Pangkat admiralti Jerman berdasarkan kepada Kuasa-Kuasa Eropah yang lain, dengan sedikit modifikasi pada gelaran dan sebutan. Tentera Laut Jerman juga tidak pernah menganggap Komodor sebagai pangkat admiralti, kerana pangkat ini sering dianggap Kepten senior. Bagaimanapun, Laksamana Wehrmacht merupakan pegawai berbendera berpangkat tiga bintang, setanding dengan gred OF-8 angkatan tentera moden, dan setaraf dengan Jeneral pasukan cawangan dalam Heer dan Luftwaffe.
Pangkat Junior Vizeadmiral |
![]() (Pangkat Kriegsmarine) Laksamana Jeneral pasukan |
Pangkat Senior Generaladmiral |
Pada tahun 1944, pangkat Kriegsmarine Jerman telah disusun mengikut senioriti seperti berikut, persamaan AS dalam kurungan:[4]
Komodor / Laksamana Pertama
Kaiserliche Marine tidak menggunakan pangkat admiral dibawah Konteradmiral. Penggantinya, Kriegsmarine, menggunakan pangkat Kommodore. Namun Kommodore bukan sebahagian daripada Admiralti tetapi lebih kepada kepten senior yang memerintah sebuah skuadron.
K.u.K. Kriegsmarine
Didalam K.u.K. Kriegsmarine (Tentera Laut Imperial) Austria-Hungary (sejak 1849 hingga 1918) terdapat pangkat pegawai berbendera Kontreadmiral (pada abad ke-20 juga Konteradmiral), Viceadmiral , dan Admiral, serta Grossadmiral.
- Para admiral K.u.K Kriegsmarine
Tentera Rakyat Nasional

Admiral merupakan gred pegawai berbendera kedua tertinggi Volksmarine, setaraf dengan pangkat tiga bintang Generaloberst.
Didalam Volksmarine GDR terdapat tiga pangkat pegawai berbendera Konteradmiral, Vizeadmiral, dan Admiral. Melalui keputusan Majlis Negara GDR dari 25 Mac 1982 pangkat Flottenadmiral telah diperkenalkan.
- Para Laksamana Volksmarine GDR
Remove ads
Rujukan
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads