American Gothic
lukisan yang dibuat oleh pelukis Amerika Serikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
American Gothic ialah suatu lukisan dibuat oleh Grant Wood pada 1930 menggambarkan seorang petani dan anak perempuannya (perempuan tersebut sering kali disalah sangka sebagai isterinya)[1][2] berdiri di depan sebuah rumah pedalaman, seni bina Gothik rumah tersebut memberi nama kepada karya ini.
Lukisan ini merupakan antara karya seni paling dikenali dalam budaya Amerika Syarikat secara keseluruhannya,[1][3] lagi-lagi dengan penampilan unsur Americana berkaitan latar masyarakat Zaman Kemelesetan yang semakin menimpa dan mengesan negara tersebut secara ketaranya. Ia kini dalam simpanan Institut Seni Chicago di Chicago, Illinois.
Remove ads
Butiran
Lukisan ini dihasilkan hasil suatu pertandingan dianjurkan Institut Seni Chicago pada ketika itu. Watak-watak tampilan lukisan ini dimodelkan Nan Wood Graham, adik Grant, dan Dr. Byron McKeeby, seorang doktor gigi kenalan adik-beradik tersebut. Mereka menggayakan diri bedasarkan gambar-gambar keluarga pedalaman Midwestern pada zaman Perang Dunia Pertama.[4] Byron dilihat memegang alat garu yang sering digunakan petani untuk mencakar tanah.
Rumah yang menjadi tumpuan pula terletak di bandar Eldon, selatan negeri Iowa.
Lukisan ini dianggap tidak berapa memuaskan sehingga ada yang menyatakan ia "sentimental dan lucu" (comic valentine), namun pujukan suatu penjaga atau pendana muzium berjaya mendapatkan ia tempat ketiga berpingat gangsa dan hadiah bernilai $300.[5] Ia turut dibeli Institut Seni pada masa sama..[2]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads