Amfibia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Amfibia
Remove ads

Amfibia ialah vertebrata ektotermik berkaki empat dalam kelas Amphibia.[2] Semua amfibia yang masih hidup tergolong dalam kumpulan Lissamphibia termasuk katak[2] dan semandar yang hidup di ekosistem-ekosistem daratan, bawah tanah, di atas pokok-pokok atau dalam air tawar. Amfibia biasanya bermula sebagai larva yang hidup di dalam air, tetapi beberapa spesies telah berkembang dengan tingkah laku yang mengatasi ciri ini.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Subkelas ...

Amfibia yang masih kecil umumnya bernafas menggunakan insang, apabila badan dewasa selepas mengalami metamorfosis bernafas dengan organ paru-paru. Amfibia menggunakan permukaan kulit yang telap sebagai organ pernafasan sekunder; ada beberapa semandar dan katak darat kecil yang bernafas sepenuhnya menggunakan kulit kerana tiada paru-paru. Badan jenis-jenis amfibia sangat mirip cicak tetapi adalah amniota bersama dengan mamalia dan burung yang tidak memerlukan jasad air untuk membiak. Ciri-ciri ini menjadikan amfibia haiwan petunjuk ekologi; dalam beberapa dekad kebelakangan ini terdapat penurunan dramatik dalam populasi amfibia bagi banyak spesies di seluruh dunia.

Remove ads

Pengelasan

Nama kelas Amphibia terbit daripada istilah bahasa Yunani Kuno ἀμφίβιος amphíbios menggabungkan kata ἀμφί amphí bermaksud 'kedua-dua jenis' dan βιος bios bermaksud 'hidup'; istilah ini awalnya dipakai sebagai kata sifat umum untuk haiwan yang boleh hidup di darat dan di air, termasuk anjing laut dan memerang.[3] Kelas Amphibia biasanya merangkumi kesemua vertebrat tetrapod yang bukan amniota. Amphibia dalam erti terluasnya (sensu lato) dibahagikan kepada tiga subkelas, dua daripadanya pupus:[4]

  • Subkelas Lepospondyli† (kumpulan Paleozoik kecil, yang lebih berkait rapat dengan amniota berbanding Lissamphibia)
  • Subkelas Temnospondyli† (gred Paleozoik dan awal Mesozoik yang rencam)
  • Subkelas Lissamphibia (kesemua amfibia moden, termasuk katak, kodok, semandar, Pleurodelinae dan sesilia)
    • Salientia (katak, kodok dan saudaranya): Jura hingga kini—7,360 spesies terkini dalam 53 keluarga[5]
    • Caudata (semandar, neut dan saudaranya): Jura hingga kini—764 spesies terkini dalam 9 keluarga[5]
    • Gymnophiona (sesilia dan saudaranya): Jura hingga kini—215 spesies terkini dalam 10 keluarga[5]
    • Allocaudata† (Albanerpetontidae) Jura Tengah – Pleistosen Awal
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads