Ammonium nitrat
sebatian kimia, komponen baja dan bahan letupan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ammonium nitrat ialah sebatian kimia dengan formula kimia NH4NO3 yang berwarna putih serta sangat larut dalam air. Sebatian ini terdiri daripada kation ammonium dan anion nitrat.
Sebatian ini biasanya digunakan dalam bidang pertanian sebagai baja nitrogen.[4] Tambahan pula, sebatian ini juga digunakan sebagai bahan letupan dalam bidang pelombongan dan pembinaan awam.
Remove ads
Penghasilan
Ammonium nitrat dihasilkan dalam industri melalui tindak balas asid dan bes, yakni antara ammonia dan asid nitrik.[5]
Remove ads
Tindak balas
Ammonium nitrat bertindak balas dengan hidroksida logam untuk menghasilkan ammonia dan nitrat logam alkali. Dalam persamaan di bawah, M mewakili logam alkali seperti natrium dan kalium.
Ammonium nitrat akan terurai menjadi nitrus oksida dan air apabila dipanaskan.
Walau bagaimanapun, dalam letupan atau pembakaran pantas, ammonium nitrat akan terurai menjadi gas nitrogen, gas oksigen dan air.
Remove ads
Keselamatan
Bencana
Ammonium nitrat terurai menjadi nitrus oksida dan wap air apabila dipanaskan, tetapi boleh terurai secara letupan. Sifat ammonium oksida sebagai pengoksida boleh memarakkan letupan dengan mudah, menjadikan ammonium nitrat memiliki risiko kebakaran yang besar.
Letupan kecil yang melibatkan ammonium hidroksida adalah agak lazim, tetapi beberapa bencana besar pernah direkodkan seperti:
- bencana Texas City pada 16 April 1947 yang berlaku akibat letupan lebih kurang 2,086 tan metrik sebatian ini;[6]
- letupan di Tianjin, China pada 12 Ogos 2015 yang melibatkan kira-kira 800 tan sebatian ammonium nitrat; jumlah kematian rasmi ialah 173 orang dengan kira-kira 800 orang kematian;[7][8]
- letupan di Pelabuhan Beirut, Lubnan pada 4 Ogos 2020 yang berpunca daripada kira-kira 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di gudang pelabuhan itu.[9]
Sesetengah daripada letupan ini direkodkan sebagai salah satu letupan bukan nuklear terbesar yang pernah dicatat.
Bahaya kesihatan
Ammonium nitrat tidak berbahaya kepada kesihatan dan biasanya digunakan dalam produk baja. [10] [11] [12]
Ammonium nitrat mempunyai LD 50 bagi setiap 2217 mg/kg, [13] yang mana sebagai perbandingan adalah kira-kira dua pertiga daripada garam meja sahaja.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads