Meter per saat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Meter per saat (atau meter sesaat) ialah satu unit terbitan SI untuk kelajuan (skalar) dan halaju (kuantiti vektor yang menyatakan kedua-dua magnitud dan arah tertentu), ditakrifkan sebagai jarak dalam unit meter dibahagi dengan masa dalam unit saat.
Simbol unit SI bagi meter per saat ialah m·s-1, m s-1, m/s atau ms.[1] Jika meter per saat adalah terlalu perlahan untuk ukuran-ukuran seperti di tahap astronomikal, halaju boleh dinyatakan dalam bentuk kilometer per saat di mana 1 km/s bersamaan dengan 1000 meter per saat.
Remove ads
Penukaran
1 m/s bersamaan dengan:
- = 3.6 km·h-1 (tepat)
- ≈ 3.2808 kaki per saat (lebih kurang)
- ≈ 2.2369 batu sejam (lebih kurang)
- ≈ 1.9438 knot (lebih kurang)
1 kaki per saat = 0.3048 m·s-1 (tepat)
1 batu sejam = 0.44704 m·s-1 (tepat)
1 km·h-1 = 0.27 m·s-1 (tepat)
1 kilometer per saat bersamaan dengan:
- ≈ 0.6213 batu per saat (lebih kurang)
- ≈ 2237 batu sejam (lebih kurang)
Hubungan dengan ukuran-ukuran lain
Walaupun m·s-1 ialah satu unit terbitan SI, ia boleh dilihat seperti lebih asasi daripada meter, kerana unit meter kini ditakrifkan daripada kelajuan cahaya di dalam ruang vakum, yang kini ditakrifkan sebagai tepat 299,792,458 m·s-1 oleh BIPM.[2] Satu meter per saat ialah 1/299,792,458 kelajuan cahaya dalam vakum.
Unit benz, dinamakan sempena Karl Benz, telah dicadangkan sebagai unit yang setara dengan meter per saat.[3] Walaupun ia menerima beberapa sokongan sebagai satu unit yang praktikal,[4] terutamanya daripada sumber-sumber Jerman,[3] ia tidak diterima sebagai unit SI untuk halaju[5] dan belum digunapakai atau diterima secara meluas.[6]
Remove ads
Lihat juga
- Kilometer sejam
- Urutan magnitud (kelajuan)
- Meter
- Saat
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads