Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami!

From Wikipedia, the free encyclopedia

Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami!
Remove ads

Filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! merupakan filem komedi romantik Malaysia 2010 arahan Din CJ dan filem ini akan ditayangkan pada 20 Mei 2010. Filem ini dibintangi Haliza Misbun, Erra Fazira, Ari Wibowo, Awie, Fizo Omar, Azhar Sulaiman dan Fahrin Ahmad sebagai pelakon utama.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Plot

Templat:Spoiler Cerita yang mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara masih lagi belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkanya bersetuju untuk berkahwin sehingga sanggup 'mix and match' anaknya itu dengan calon yang dirasakan mereka sesuai. Namun Nik Melati Sukma atau Nikki nekad mencari jodohnya sendiri. Pelbagai peristiwa lucu yang melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami sementelah ibunya Fatimah telah memberi kata dua:seandainya tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki tiada pilihan melainkan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta persetujui bersama oleh bapanya Nik Mat. Dalam melayari pelbagai senario bersama senarai calon-calon suaminya yang panjang, Nikki semakin lelah kerana apa yang dimahukannya tidak diperolehinya. Putra Aziz Al-Biruni; anak rakan baik ibunya, walaupun tampan namun kerjayanya sebagai peguam menjadikan sifat yang suka berperang di mahkamah bagi menegakkan kebenaran terbawa-bawa hingga ke luar dan ini turut melemaskan Nikki.

Maka Nikki yang amat terkenal dengan sifatnya yang 'impulsive' lantas mengambil keputusan nekad untuk berkahwin degan Omar Shariff, lelaki yang sentiasa ada dalam hidupnya sekian lama. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Nikki bertemu kembali kekasih lama yang dicintainya sewaktu di universiti dulu iaitu John Johny Johnathan. Paling tragis sekaligus membuatkan Nikki berfikir dua kali samada untuk meneruskan pernikahannya dengan Omar Shariff atau tidak ialah, apabila John Johny Jonathan melamarnya pada hari pernikahannya itu. Apakah sifat impulsive Nikki kali ini mampu mendorongnya untuk membatalkan pernikahan dengan Omar Shariff di saat akhir? Templat:Endspoiler

Remove ads

Pelakon & watak

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads