Anhui
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
31°50′N 117°0′E 31°50′N 117°0′E
ⓘ (Bahasa Cina: 安徽; pinyin: Ānhuī; Ejaan peta pos: Ngan-hui, Anhwei atau An-hwei) ialah sebuah provinsi Republik Rakyat China yang terletak di bahagian timur China, melintasi lembangan Sungai Yangtze dan Sungai Huaihe. Anhui bersempadan dengan Jiangsu di timur, Zhejiang di tenggara, Jiangxi di selatan, Hubei di barat daya, Henan di barat laut, dan Shandong di utara. Ibu wilayahnya ialah Hefei.
Nama "Anhui" berasal dari nama dua buah kota di bahagian selatan Anhui, iaitu Anqing dan Huizhou (kini Bandaraya Huangshan). Singkatan untuk Anhui ialah "Wan" (Bahasa Cina: 皖; pinyin: wǎn), kerana dalam sejarah terdapat sebuah Negeri Wan, sebuah Gunung Wan, dan sebatang Sungai Wan di wilayah ini.
Remove ads
Pembahagian pentadbiran

Anhui terbahagi kepada 17 bahagian peringkat prefektur, kesemuanya bandaraya peringkat prefektur:
- Hefei (合肥市, Héféi Shì)
- Suzhou (宿州市 Sùzhōu Shì)
- Huaibei (淮北市 Huáiběi Shì)
- Fuyang (阜阳市 Fǔyáng Shì)
- Bozhou (亳州市 Bózhōu Shì)
- Bengbu (蚌埠市 Bèngbù Shì)
- Huainan (淮南市 Huáinán Shì)
- Chuzhou (滁州市 Chúzhōu Shì)
- Ma'anshan (马鞍山市 Mǎ'ānshān Shì)
- Wuhu (芜湖市 Wúhú Shì)
- Tongling (铜陵市 Tónglíng Shì)
- Anqing (安庆市 Ānqìng Shì)
- Huangshan (黄山市 Huángshān Shì)
- Lu'an (六安市 Lù'ān Shì) bukan Liù'ān
- Chaohu (巢湖市 Cháohú Shì)
- Chizhou (池州市 Chízhōu Shì)
- Xuancheng (宣城市 Xuānchéng Shì)
Kesemua 17 bahagian peringkat prefektur di Anhui ini dibahagikan lagi kepada 105 bahagian peringkat daerah (44 daerah, 5 bandaraya peringkat mukim, dan 56 mukim), dan sekali lagi dibahagikan kepada 1845 bahagian peringkat bandar (972 pekan, 634 perbandaran, 9 perbandaran etnik, dan 230 subdaerah).
Remove ads
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anhui. |
- Travel spots and tips in Anhui and other provinces Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine
- (Cina) Laman web rasmi Anhui Diarkibkan 2017-01-25 di Wayback Machine
- Peta besar Anhui Diarkibkan 2005-10-31 di Wayback Machine
- China Internet Information Center
- Yin Yu Tang: A Chinese Home menerokai kehidupan dalam wilayah Anhui Province melalui kajian teliti kediaman keluarga Huang yang dibina sewaktu akhir Dinasti Qing.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

