Anjing gembala Podhale Poland

baka anjing dari Poland From Wikipedia, the free encyclopedia

Anjing gembala Podhale Poland
Remove ads

Anjing gembala Podhale Poland[a] atau anjing gembala Tatra[b] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar Poland yang berasal dari Pergunungan Tatra di rantau Podhale di Poland selatan.[1]:78[4]:148 Ia sepenuhnya diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963.[5] Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing yang berasal dari Poland, selebihnya merupakan grehaun Poland, ogar Poland, anjing pemburu Poland, dan anjing gembala tanah pamah Poland.[6]:254

Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Remove ads

Sejarah

Thumb

Seperti anjing penjaga kawanan putih besar lain Eropah seperti kuvasz, anjing gembala Maremma, dan anjing gunung Pyrénées, anjing gembala Tatra dipercayai diterbitkan daripada daripada anjing yang dibawa dari Asia oleh pastoralis nomad.[6]:254

Pertunjukan pertama untuk anjing ini diadakan pada tahun 1937. Oleh sebab ia berada di kawasan terpencil di pergunungan, sebilangan kecil anjing ini terselamat daripada peristiwa Perang Dunia Kedua.[7] Menjelang tahun 1954, apabila pertunjukan pertama pascaperang dianjurkan, kira-kira 120 contoh telah ditemukan; sebaik sahaja Związek Kynologiczny w Polsce, kelab kenel Poland, dibentuk semula selepas peperangan, pertunjukan diadakan di Kraków.[7]

Baka ini diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963[5] atau tahun 1967.[7] Ia tidak lagi ditemukan hanya di kawasan asalnya tetapi tertabur di serata sebahagian besar Poland; sesetengah anjing berada di negara lain.[6]:254

Buku pembaka terbuka – anjing tidak berdaftar yang dinilai sebagai anjing tipikal baka ini boleh ditambahkan ke dalamnya. Kira-kira 300 ekor anak anjing lahir pada setiap tahun, dalam kira-kira 50 perinduk. Jumlah pendaftaran baharu tahunan dengan kelab kenel itu ialah 473 pada tahun 2011 dan 383 pada tahun 2012.[6]:254 Bukan semua anjing jenis ini didaftarkan dalam buku pembaka.[6]:254 Pada masa ini, AKC tidak mengiktiraf baka ini.

Remove ads

Ciri

Ketinggian pada paras kelasa ialah 65–70 sentimeter (26–28 in) untuk jantan dan 60–65 sentimeter (24–26 in) untuk betina.[2][3]

Ia biasanya hidup sehingga usia antara sepuluh dengan dua belas tahun.[4]:148

Kegunaan

Anjing gembala Tatra secara tradisional digunakan sebagai anjing penjaga kawanan ternakan untuk menghalang pemangsa daripada menyerang kawanan biri-biri di rupa bumi gunung-ganang di rantau Podhale. Di Poland moden, ia paling kerap dibela sama ada sebagai anjing pengawal atau sebagai haiwan pendamping.[6]:254

Lihat juga

Catatan

  1. Jawi: انجيڠ ݢمبالا ڤودهالي ڤولند; Poland: polski owczarek podhalański
  2. Jawi: انجيڠ ݢمبالا تاترا; Poland: owczarek tatrzański; bahasa Inggeris: Tatra shepherd dog

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads