Anjing pengawal

jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia

Anjing pengawal
Remove ads

Anjing pengawal atau anjing penjaga atau anjing pengawas ialah anjing yang digunakan untuk mengawasi dan menjaga orang atau harta benda daripada manusia atau haiwan penceroboh yang tidak diingini.[1][2] Anjing yang dilatih untuk menyerang penceroboh dikenali sebagai anjing penyerang.

Thumb
Presa Canaria yang menjalani latihan anjing pengawal

Sejarah

Thumb
Mozek Rom tentang seekor anjing berantai besar (dengan telinga dan ekor terpotong) di Taman Arkeologi Lilybaeum, Marsala, Sicilia
Thumb
Seorang lelaki berpakaian compang-camping yang sedang digigit oleh seekor anjing penjaga rumah. Ukiran oleh Thomas Lord Busby, sekitar 1826.

Anjing telah digunakan sebagai penjaga sejak zaman purba. Orang Rom kuno pernah menempatkan mozek Cave canem di pintu masuk rumah untuk memberikan amaran kepada pelawat dan penceroboh tentang kehadiran anjing berbahaya di hartanah itu.[3]

Salah satu jenis anjing pertama yang digunakan sebagai penjaga ialah baka tempatan jenis mastif bagi kumpulan yang dikenali sebagai anjing penjaga haiwan ternakan, yang melindungi haiwan ternakan daripada pemangsa besar seperti serigala, beruang, dan harimau bintang.[4] Dalam mitologi Yunani, Orthrus ialah contoh bagi anjing penjaga haiwan ternakan yang terkenal kerana menjaga lembu merah milik Geryon. Di kawasan bandar, sesetengah anjing pengawal purba, seperti bandog yang pupus, dirantai pada waktu siang dan dilepaskan pada waktu malam[5] untuk melindungi harta benda, kem, dan kampung.

Remove ads

Salakan

Thumb
Anjing gembala Jerman yang menjaga harta benda

Anjing pengawal menyalak dengan lantang untuk memaklumkan pemiliknya tentang kehadiran penceroboh dan untuk menakutkan penceroboh.[6]

Anjing penjaga haiwan ternakan kerap cukup besar—100–200 paun (45–91 kg)—dan cukup kuat untuk menyerang dan mengusir pemangsa haiwan ternakan.[4] Anjing pengawal menyalak untuk memberikan amaran kepada tuannya dan untuk memberikan amaran tentang ancaman haiwan atau manusia yang menghampir sebelum memintas penceroboh.

Khususnya, anjing penjaga haiwan ternakan seperti anjing gembala Kangal menggunakan salakan amaran lantang sebagai barisan pertahanan pertama terhadap ancaman anggapan; jika ini tidak menghalang musuh anggapan, paparan lain, seperti serangan acah dan serangan meluru, digunakan. Bagi anjing penjaga haiwan ternakan, bentuk pertahanan proaktif seperti gigitan hanya digunakan jika semua bentuk pencegahan lain gagal.

Jika risikonya adalah daripada manusia penceroboh, anjing sesuai dapat dilatih untuk bersikap agresif terhadap manusia yang tidak dikenali dan kemudian ditambat atau dipagari di kawasan yang ingin dilindungi oleh pemiliknya ketika tidak diawasi oleh pemilik (seperti pada waktu malam).[7]

Remove ads

Baka

Banyak anjing pengawal yang terkenal buat masa ini bermula sebagai anjing ladang tujuan umum, tetapi beransur-ansur berkembang menjadi baka pengawal. Walau bagaimanapun, baka anjing seperti anjing Dobermann dan dogue Brazil dibiakbakakan secara khusus untuk menjaga.[8][9][sumber tidak boleh dipercayai?] Baka anjing pengawal cenderung untuk bersifat teritorial, tidak menyukai orang asing, dominan, dan bersikap pelindung serta setia.

Perundangan

Undang-undang mengenai pemilikan dan penggunaan anjing pengawal berbeza-beza dari negara ke negara.[10][11][1] Di England, perundangan utama yang berkaitan dengan penggunaan anjing pengawal di premis komersial terkandung dalam Akta Anjing Pengawal 1975. Akta itu menyatakan kewajipan kenel dan keperluan untuk memaparkan tanda amaran anjing pengawal di pintu masuk ke tapak.[12]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads