Anjing pemburu serigala Ireland
baka anjing dari England From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anjing pemburu serigala Ireland[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan besar yang, dengan kehadiran dan saiz besarnya, telah mengilhamkan kesusasteraan, puisi, dan mitologi.[3][4][5] Sebagai salah satu baka anjing terbesar, baka ini digunakan oleh pemburu coursing yang telah menghargainya kerana kebolehannya untuk menguruskan buruan yang ditangkap oleh anjing pemburu penglihatan lain yang lebih cepat.[6][7][8] Pada tahun 1902, anjing pemburu serigala Ireland diisytiharkan sebagai maskot rejimen bagi Irish Guards.[9]
Remove ads
Sejarah


Pra-abad ke-19
Pada tahun 391, terdapat rujukan kepada anjing besar oleh Quintus Aurelius Symmachus, seorang konsul Rom yang mendapat tujuh ekor "canes Scotici" ("anjing Scotland") sebagai hadiah untuk digunakan untuk bertarung dengan singa dan beruang, dan yang menulis "seluruh Rom menyaksikan (anjing-anjing itu) dengan hairan".[10] Scoti ialah nama bahasa Latin untuk orang Gael (Ireland kuno).[11] Dansey, penterjemah awal abad ke-19 bagi versi lengkap pertama bagi karya Arrianos dalam bahasa Inggeris, On Coursing, mencadangkan bahawa "greyhound" Ireland dan Scotland diterbitkan daripada leluhur sama, iaitu vertragus, dan telah berkembang dengan orang Scoti dari Ireland merentasi Kepulauan Barat dan ke tempat yang kini merupakan Scotland.[12]
Anjing pemburu serigala digunakan sebagai anjing pemburu oleh orang Gael, yang memanggilnya cú faoil[13][14] (Sebutan bahasa Ireland: [ˌkuː ˈfˠiːlʲ], yang terdiri daripada unsur "anjing [pemburu]"[15] dan "serigala",[16] maka "anjing [pemburu] serigala"). Anjing disebut sebagai cú dalam undang-undang dan kesusasteraan Ireland yang bertarikh dari abad keenam atau, dalam kes saga, dari tempoh bahasa Ireland Kuno, 600–900 Masihi. Cú Chulainn, seorang pahlawan mitos yang namanya memaksudkan "anjing Culann", sepatutnya memperoleh nama ini semasa kecil apabila dia membunuh anjing pengawal ganas Culann. Sebagai balasan, dia menawarkan dirinya sebagai pengganti.[14]
Dalam pembincangan bukti sistematik bagi saiz anjing bersejarah di Ireland, ahli zooarkeologi Ireland Finbar McCormick menegaskan bahawa tiada anjing dengan saiz anjing pemburu serigala Ireland yang diketahui dari tapak-tapak zaman Zaman Besi 1000 SM hingga zaman Kristian awal hingga tahun 1200 Masihi. Berdasarkan tulang-temulang anjing bersejarah yang tersedia, anjing dengan saiz anjing pemburu serigala Ireland semasa kelihatannya merupakan perkembangan agak moden: "mesti ada kesimpulan bahawa anjing Cú Chulainn tidak lebih besar daripada anjing Alsace dan bukan binatang bersaiz anak lembu daripada bayangan popular".[17]
Dalam Historie of Ireland karya beliau, yang ditulis pada tahun 1571, Edmund Campion memberikan keterangan tentang anjing yang digunakan untuk pemburuan serigala di Pergunungan Dublin dan Pergunungan Wicklow. Beliau berkata: "Mereka (orang Ireland) bukan tanpa serigala dan grehaun untuk memburu serigala itu, bertulang dan beranggota lebih besar daripada anak kuda jantan". Oleh sebab kepopularannya di luar negara banyak anjing dieksport ke rumah diraja Eropah sehingga menyebabkan bilangan di Ireland berkurangan. Ini membawa kepada pengisytiharan oleh Oliver Cromwell yang diterbitkan di Kilkenny pada 27 April 1652 untuk memastikan bahawa bilangan cukup kekal untuk mengawal populasi serigala.[18][19]
Rujukan kepada anjing pemburu serigala Ireland pada abad ke-18 menceritakan saiz besar, kekuatan, dan rupa bentuk grehaun serta ketidakcukupannya. Yang menulis pada tahun 1790, Thomas Bewick memerihalkannya sebagai yang terbesar dan paling cantik antara kaum anjing; kira-kira setinggi 36 inci (91 cm), pada umumnya berwarna putih atau kayu manis, agak seperti grehaun tetapi lebih teguh. Beliau berkata bahawa aspeknya adalah sederhana, pembawaan damai, dan kekuatan begitu hebat sehingga dalam pertempuran mastif atau buldog jauh daripada setanding dengannya.[20]
Serigala terakhir di Ireland dibunuh di Kaunti Carlow pada tahun 1786.[20][21][22] Ia dipercayai telah dibunuh di Myshall, di lereng Gunung Leinster, oleh sekawan anjing serigala yang dibela oleh En. Watson dari Ballydarton. Anjing pemburu serigala yang kekal di tangan segelinitr keluarga, yang terutamanya merupakan keturunan penghulu-penghulu lama Ireland, kini merupakan simbol status dan bukan digunakan sebagai pemburu, dan ini dikatakan sebagai yang terakhir daripada kaumnya.[20]
Thomas Pennant (1726–1798) melaporkan bahawa beliau tidak dapat menemukan lebih daripada tiga ekor anjing serigala ketika beliau melawat Ireland. Pada mesyuarat tahun 1836 Persatuan Geologi Dublin, John Scouler membentangkan kertas kerja berjudul "Notices of Animals which have disappeared from Ireland" ("Notis haiwan yang telah lenyap dari Ireland"), termasuk sebutan tentang anjing serigala.[23]
Anjing pemburu serigala Ireland moden
Kapten George Augustus Graham (1833–1909), dari Rednock House, Dursley, Gloucestershire, bertanggungjawab atas pemulihan baka anjing pemburu serigala Ireland. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat menemukan baka "dalam keutuhan aslinya" untuk dikerjakan:
Tiada kepura-puraan bahawa kami memiliki baka ini dalam keutuhan aslinya; pada masa sama, ada kepercayaan yakin bahawa terdapat strain-strain yang kini wujud yang dijejak kembali, dengan lebih kurang jelas, kepada baka asli; dan kelihatannya ada toleransi pasti bahawa deerhound kami diturunkan daripada haiwan mulia itu, dan memberi kita gambaran elok tentang diri terdahulunya, walaupun sudah pasti jauh lebih rendah dari segi saiz dan kuasa.
— Kapten G. A. Graham[24]
Di Ireland, Graham mendapatkan "Faust" dari Kilfane dan "Old Donagh" dari Ballytobin, Kaunti Kilkenny; ini merupakan leluhur masing-masing bagi program pembiakbakaan Graham dan dikatakan diturunkan daripada strain-strain asli anjing pemburu serigala Ireland.[25][26][27][28][29] Berdasarkan tulisan orang lain, beliau telah berkesimpulan bahawa anjing pemburu rusa Scotland dan anjing besar Denmark diterbitkan lebih awal daripada anjing pemburu serigala ini.[30] Hasilnya, baka-baka tersebut banyak ditekankan dalam program pembiakbakaan beliau.[26] Untuk baka luar, seekor borzoi dan "anjing serigala Tibet" mungkin juga telah disertakan.[perlu rujukan] Telah ada cadangan[oleh siapa?] bahawa "anjing serigala Tibet" merupakan kyi apso Tibet.[31]
Pada tahun 1885, Kapten Graham mengasaskan Irish Wolfhound Club dan Piawaian Mata Baka untuk mengasaskan dan mempersetujui ideal yang patut dicita-citakan oleh para pembiak baka.[18][32] Pada tahun 1902, anjing pemburu serigala Ireland diisytiharkan sebagai maskot rejimen Irish Guards.[9]
- Setem lesen anjing abad kesembilan belas
- Poster perekrutan, 1915
- Leitrim Boy, maskot Irish Guards, di Berek Waterford, 1917
- The O'Mahony of Kerry, 1930
- Irish Guards, maskot berpakaian perarakan
Analisis DNA
Analisis genom menunjukkan bahawa walaupun telah terdapat sesetengah perkongsian DNA antara anjing pemburu serigala Ireland dengan anjing pemburu rusa, whippet, dan grehaun Inggeris, telah ada perkongsian DNA signifikan antara anjing pemburu serigala Ireland dengan anjing besar Denmark.[33] Seorang penulis telah menyatakan bahawa untuk anjing pemburu serigala Ireland, "penampilan great dane sangat ketara sebelum abad ke-20".[23] George Augustus Graham menghasilkan baka anjing pemburu serigala Ireland moden dengan mengekalkan penampilan bentuk asli, tetapi bukan keleluhuran genetiknya.[21]
Remove ads
Ciri
Anjing pemburu serigala Ireland bercirikan saiz besarnya. Menurut piawaian FCI, jangkaan julat ketinggian pada paras kelasa ialah 81–86 sentimeter (32–34 inci); ketinggian dan berat minimum merupakan 79 cm (31 in)/54.5 kg (120 lb) dan 71 cm (28 in)/40.5 kg (89 lb) masing-masing untuk jantan dan betina.[1] Ia bertubuh lebih besar daripada anjing pemburu rusa Scotland, tetapi kurang daripada anjing besar Denmark.[1]
Lapis bulunya keras dan kasar pada kepala, tubuh, dan tungkai, dengan janggut dan bulu di atas mata yang khususnya mirip dawai. Ia mungkin berwarna hitam, brindle, perang kekuning-kuningan, kelabu, merah, putih metah, atau mana-mana warna yang terlihat pada anjing pemburu rusa.[1]
Anjing pemburu serigala Ireland ialah anjing pemburu penglihatan dan berburu dengan persepsi visual sahaja. Lehernya berotot dan agak panjang dan kepalanya terangkat tinggi-tinggi.[1] Ia sepatutnya kelihatan lebih panjang daripada ketinggiannya[34] dan mampu menangkap dan membunuh serigala.[35]
- Rangka seekor anjing pemburu serigala Ireland dibandingkan dengan rangka seorang manusia (Grover Krantz)
- Patrick of Ifold, lahir pada 1923, kini di Muzium Ulster
- Seekor anak anjing
- Lapis bulu triwarna
- Lapis bulu putih
Remove ads
Perangai
Anjing pemburu serigala Ireland mempunyai pelbagai keperibadian dan paling kerap terkenal kerana ciri-ciri peribadi dan individualisme.[36] Walau bagaimanapun, anjing pemburu serigala Ireland jarang tidak berfikiran dan, walaupun saiznya besar, jarang didapati bersikap pemusnah di dalam rumah atau riuh. Ini kerana baka ini pada umumnya bersifat introvert, cerdas, dan menyendiri. Sebagai haiwan santai, anjing pemburu serigala Ireland bersifat pendiam. Anjing pemburu serigala kerap menjalin ikatan kuat dengan keluarganya dan dapat menjadi agak bersikap pemusnah atau muram jika dibiarkan bersendirian untuk jangka masa lama.[37]
Anjing pemburu serigala Ireland merupakan penjaga berkesan dan mengagumkan. Baka ini menjadi terikat dengan pemilik dan anjing lain yang dibesarkan bersama-sama dan oleh itu bukan baka yang paling mudah disesuaikan. Anjing pemburu serigala Ireland, yang dibiakbakakan untuk sifat berdikari, tidak semestinya berminat untuk mempertahankan ruang. Anjing pemburu serigala paling mudah diperihalkan dengan moto bersejarahnya, "lemah lembut apabila dibelai, ganas apabila diprovokasi".[37]
Anjing pemburu serigala Ireland kerap digemari kerana kesetiaan, sifat penyayang, kesabaran, dan pengabdiannya. Walaupun pada sesetengah titik dalam sejarahnya ia telah digunakan sebagai anjing pengawas, tidak seperti sesetengah baka, anjing pemburu serigala Ireland biasanya tidak dapat dipercayai dalam peranan ini kerana ia kerap beramah mesra dengan orang asing, walaupun saiznya dapat menjadi penghalang semula jadi. Walau bagaimanapun, apabila perlindungan diperlukan, anjing ini tidak pernah didapati berkeinginan. Apabila ia atau keluarganya berada dalam bahaya yang ditanggap, ia memaparkan sifat tidak takut. Pengarang dan pembiak baka anjing pemburu serigala Ireland, Linda Glover, percaya bahawa kesemendaan rapat anjing ini dengan manusia menjadikannya amat sedar dan sensitif terhadap niat jahat yang membawa kepada kecemerlangannya sebagai penjaga dan bukan anjing pengawal.[38]
Remove ads
Kesihatan
Seperti banyak baka anjing besar, anjing pemburu serigala Ireland mempunyai jangka hayat agak singkat. Anggaran jangka hayat terbitan berbeza-beza antara 4.75 dengan 9.9 tahun.[39] Yang lebih terkini, sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[40] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 91% daripada jumlah anjing pemburu serigala Ireland mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[41]
Penyakit yang paling kerap dilaporkan merupakan kardiomiopati terdilat, kanser tulang, volvulus pendilatan gastrik, dan osteokondrosis. Kajian berlainan telah melaporkan kadar kardiomiopati terdilat pada baka ini pada antara 12.1% dengan 44.7% daripada jumlah anjing pwmburu serigala Ireland. Dalam sebuah kajian yang membandingkan berbilang baka, anjing pemburu serigala Ireland mempunyai nisbah kemungkinan 3.4 bagi keadaan ini berbanding dengan nisbah kemungkinan keseluruhan. Keadaan ini berkemungkinan diwarisi pada baka ini.[39]
Sebuah kajian mendapati bahawa anjing pemburu serigala Ireland adalah 27.5 kali lebih berkemungkinan menghidap sarkoma osteogenik berbanding dengan populasi anjing keseluruhan.[39]
Remove ads
Catatan
- Anjing pemburu serigala Ireland asli dalam sejarah berasal dari Ireland. Walau bagaimanapun, baka moden dikembangkan di Gloucestershire, England (untuk maklumat lanjut, lihat Anjing pemburu serigala moden).
- Jawi: انجيڠ ڤمبورو سريݢالا اءيرلند; Ireland: cú faoil, lit. 'anjing pemburu serigala', Sebutan bahasa Ireland: [ˈkuː ˈfˠiːlʲ]; bahasa Inggeris: Irish wolfhound
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads