Anjing pemburu penglihatan

jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia

Anjing pemburu penglihatan
Remove ads

Anjing pemburu penglihatan (bahasa Inggeris: sighthound, gazehound) ialah sejenis anjing hound yang berburu terutamanya dengan penglihatan dan kelajuan, tidak seperti anjing pemburu bau, yang bergantung pada bau dan daya ketahanan.

Thumb
Seekor whippet: tungkai panjang, dada dalam, pinggang ramping anjing pemburu penglihatan

Penampilan

Thumb
Perkadaran kepala dolikosefalik bagi anjing pemburu penglihatan tipikal

Anjing ini pakar dalam mengejar mangsa, mengekalkannya dalam penglihatan, dan mengatasinya dengan kelajuan tingginya dan ketangkasannya. Ia mesti dapat mengesan pergerakan dengan cepat, jadi ia mempunyai penglihatan tajam. Anjing pemburu penglihatan mesti dapat menangkap mangsa pantas dan tangkas, seperti rusa dan kelinci, jadi ia mempunyai belakang sangat boleh lentur dan tungkai panjang untuk langkah panjang, dada dalam untuk menyokong jantung besar luar biasa (berbanding dengan anjing lain), paru-paru sangat cekap untuk kedua-dua larian pecut anaerobik dan aerobik, dan tubuh langsing dan kurus untuk mengekalkan berat badannya pada tahap minimum. Anjing pemburu penglihatan mempunyai ciri anatomi dan fisiologi unik, yang mungkin disebabkan oleh pemilihan sengaja untuk perburanu dengan kelajuan dan penglihatan; kajian makmal telah mengasaskan selang rujukan untuk hematologi dan profil biokimia serum pada anjing pemburu penglihatan, yang sesetengah daripadanya dikongsi oleh semua anjing pemburu penglihatan dan yang sesetengah daripadanya mungkin unik kepada satu baka.[1]

Jenis anjing pemburu penglihatan tipikal mempunyai kepala ringan dan langsing, yang berperkadaran dolikosefalik. Rupa bentuk ini dapat mewujudkan ilusi bahawa kepalanya adalah lebih panjang daripada biasa. Serigala dan anjing liar lain adalah dolikosefalik atau mesatisefalik, tetapi sesetengah anjing bela jinaktelah menjadi brakisefalik (berkepala pendek) disebabkan oleh pemilihan buatan oleh manusia selama tempoh 12,000 tahun.[2] Anjing dolikosefalik mempunyai medan penglihatan lebih luas tetapi pertindihan lebih kecil antara mata dan, oleh itu, mungkin persepsi kedalaman lebih lemah di sesetengah medan penglihatannya berbanding dengan anjing brakisefalik; kebanyakan, jika bukan semua, anjing mempunyai kurang ketajaman penglihatan berbanding dengan pendahulunya, iaitu serigala.[3] Tiada bukti berdasarkan sains untuk mengesahkan kepercayaan popular bahawa anjing pemburu penglihatan mempunyai ketajaman penglihatan lebih tinggi berbanding dengan jenis anjing lain. Walau bagaimanapun, terdapat bukti semakin banyak bahawa anjing dolikosefalik, oleh sebab bilangan lebih tinggi bagi sel ganglion retina dalam "coretan visual"-nya, mengekalkan kepekaan lebih ternaik berbanding dengan jenis anjing lain terhadap objek dan pergerakan pantas di medan penglihatan mengufuk.[4]

Thumb
Seekor saluki
Remove ads

Sejarah

Thumb
Patung gangsa vertragus Celt

Anjing pemburu penglihatan seperti jenis saluki/sloughi (kedua-duanya dinamai sempena Empayar Seleukia) mungkin telah wujud selama sekurang-kurangnya 5,000 tahun, dengan peninggalan anggapan terawal bagi seekor anjing pemburu penglihatan jantan dengan ketinggian bahu sekitar 54 cm (21 in), sebanding dengan saluki, yang muncul dalam penggalian Tell Brak yang bertarikh hampir-hampir 4,000 tahun sebelum kini.[5] Sebutan Eropah terawal tentang anjing pemburu penglihatan dan karyanya, iaitu vertragus Celt dari Sepanyol Rom abad ke-2 M, berasal daripada Cynegeticus karya Arrianos. Jenis serupa, mungkin anjing pemburu penglihatan jantan bersaiz sederhana, dengan ketinggian 61–63 cm (24–25 in), daripada tempoh sejarah hampir-hampir sama, iaitu anjing Rom Warmington digambarkan daripada rangka amat terpelihara yang ditemukan di England.[6] Tulang-temulang "grasil" jenis anjing pemburu penglihatan, yang bertarikh dari abad ke-8 hingga abad ke-9 M, yang secara anatomi ditakrifkan sebagai tulang "grehaun" setinggi 70 cm (28 in), dibandingkan secara genetik dengan grehaun moden dan anjing pemburu penglihatan lain dan didapati hampir sama dengan baka grehaun moden, dengan pengecualian sebanyak hanya empat pemotongan dan satu penggantian dalam jujukan-jujukan DNA, yang ditafsirkan sebagai perbezaan yang barang kali timbul daripada 11 abad pembiakbakaan anjing pemburu penglihatan jenis ini.[7] Analisis genomik populasi mencadangkan bahawa anjing pemburu anjing sejati berasal secara bebas daripada anjing asli dan dicampurkan secara menyeluruh sesama baka, lalu menyokong hipotesis berbilang asal usul bagi anjing pemburu penglihatan.[8]

Walaupun kini kebanyakan anjing pemburu penglihatan dipelihara terutamanya sebagai haiwan peliharaan, sesetengah anjing mungkin telah dibiakbakakan selama beribu-ribu tahun untuk mengesan pergerakan mangsa, kemudian mengejar, menangkap, dan membunuh mangsa terutamanya dengan kelajuan. Ia bertahan hidup dengan kegiatan fizikal. Sesetengah anjing mempunyai keperibadian lembut, yang lain pula berwaspada atau memusuhi orang asing, tetapi naluri untuk mengejar haiwan berlari kekal kuat.[9]

Selain coursing dan perburuan, pelbagai sukan anjing diamalkan dengan anjing pemburu penglihatan baka tulen, dan kadang-kadang dengan lurcher dan longdog. Sukan sedemikian termasuk perlumbaan, lure coursing, dan acara lain.

Remove ads

Senarai baka anjing pemburu penglihatan

Jenis anjing pemburu penglihatan baka silang

Baka yang dianggap berkontroversi kerana pada asalnya tidak mempunyai fungsi anjing pemburu penglihatan

Sebilangan baka atau jenis anjing yang tidak berburu semata-mata dengan kelajuan dan penglihatan, serta sebilangan baka bukan pemburu, kini diiktiraf sebagai anjing pemburu penglihatan, sama ada secara formal atau tidak formal[12] oleh kelab-kelab kenel, atau kelab coursing umpan atau langsung. Ini termasuk:

Remove ads

Pengelasan kelab kenel

Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel berbahasa Inggeris, termasuk American Kennel Club dan The Kennel Club (United Kingdom), mengelompokkan baka anjing pemburu penglihatan pedigri bersama-sama dengan anjing pemburu bau dalam Kumpulan Hound,[13][14] Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengelompokkannya dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan yang dikhususkan,[15] manakala United Kennel Club mengelompokkannya mereka dalam Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Paria.[16]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads