Presa Canaria
baka anjing dari Sepanyol From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Presa Canaria atau anjing tangkap Canaria[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana Sepanyol daripada jenis mastif atau anjing tangkap. Ia berasal dari komuniti berautonomi Kepulauan Canaria di Sepanyol dan kebanyakannya terdapat di pulau Gran Canaria dan pulau Tenerife.[3]:587 Ia dahulunya dikenali sebagai dogo Canaria.[b] Ia secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing yang di sisi undang-undang sehingga tahun 1936 dan mungkin telah berterusan secara gelap sejak itu.[3]:587
Remove ads
Sejarah

Presa Canaria diturunkan daripada bardino majorero, yang dahulunya bertaburan di seluruh Kepulauan Canaria. Anjing jenis ini dibiakbakakan secara bersilang dengan pelbagai anjing jenis molossoid yang diperkenalkan ke kepulauan itu pada masa berbeza semasa zaman kolonial. Presa Canaria khususnya dipengaruhi oleh anjing yang dibawa dari Kepulauan British dengan kemasukan besar penduduk British pada lewat abad kesembilan belas.[3]:587
Menjelang tahun 1960-an, ia menghampiri kepupusan. Sebuah persatuan baka, Club Español del Presa Canario ("Kelab Presa Canaria Sepanyol"), dibentuk pada tahun 1982 dan merangka piawaian baka sementara yang diterbitkan oleh pemerintah kepulauan itu. Piawaian ini diluluskan oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 1989.[3]:588 Pada tahun 1991, anjing ini disertakan dalam senarai rasmi lambang kebangsaan Kepulauan Canaria sebagai lambang pulau Gran Canaria.[4]:2610 Ia diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol pada tahun 2001.[5]
Baka ini diterima secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2001 di bawah nama Dogo Canario ("dogo Canaria")[6] dan diterima secara muktamad pada tahun 2011.[7] Pada Disember 2018, atas permintaan Real Sociedad Canina de España, namanya dibuah kepada Presa Canario ("presa Canaria").[8] Ia disertakan dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club pada tahun 2006.[9]
Pengimportan dan penjualan baka ini dilarang di Australia[10] dan di New Zealand.[11]
Remove ads
Ciri
Presa Canaria ialah anjing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot tegap.[12][13][14] Menurut piawaian antarabangsa semakan yang diterbitkan pada tahun 2023, jantan patut berdiri setinggi 61–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa dan berukuran kira-kira seberat 45–47 kg (99–104 lb); betina pula berdiri kira-kira setinggi 57–62 cm (22–24 in), dengan berat dalam julat 40–50 kg (88–110 lb).[1][2] Piawaian terdahulu, yang bertarikh tahun 2018, menetapkan berat lebih tinggi, khususnya untuk jantan (50–65 kg (110–143 lb)), dan nilai ketinggian mininum lebih kecil sedikit.[13][14]
Kepalanya lebar, besar, berbentuk segi empat sama, dan mempunyai bentuk brakisefalik kuat. Jika terpotong, telinganya berdiri dengan tegak. Di negara-negara yang mengharamkan pemotongan telinga, telinganya sepadan dengan kepala; tergantung ke bawah dan patut berbentuk loket atau "mawar". Bibir atasnya berayun-ayun, walaupun tidak secara berlebihan. Terlihat dari hadapan, bibir atas dan biri bawah bersatu untuk membentuk V terbalik. Bibir atasnya sedikit mencapah. Bahagian dalam bibir berwarna gelap.[13][14]
Sebuah kajian tentang anjing di United Kingdom mendapati kelanjutan usia median untuk baka ini sebanyak 7.7 tahun, yang jelas-jelas lebih rendah daripada median sebanyak 12.5 tahun untuk semua anjing.[15]
Remove ads
Kegunaan
Presa Canaria secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk lembu, dan untuk laga anjing, yang di sisi undang-undang di Sepanyol sehingga tahun 1936 dan mungkin berterusan secara rahsia selepas itu.[3]:587
Catatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads