Anugerah Akademi ke-75
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Majlis Anugerah Akademi ke-75 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2002 dan berlangsung pada Mac 23, 2003 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3] Steve Martin mengacarakan majlis ini buat kali kedua selepas kali pertama mengacara semasa Anugerah Akademi ke-73 pada tahun 2001.[4] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 1, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Kate Hudson.[5]
Chicago memenangi enam anugerah termasuk Filem Terbaik.[6][7] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Pianist dengan tiga anugerah, Frida dan The Lord of the Rings: The Two Towers dengan dua anugerah dan Adaptation, Bowling for Columbine, The ChubbChubbs!, 8 Mile, The Hours, Nowhere in Africa, Road to Perdition, Spirited Away, Talk to Her, This Charming Man dan Twin Towers dengan satu anugerah.
Remove ads
Calon dan pemenang
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-75 diumumkan pada Februari 11, 2003 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Frank Pierson, presiden Akademi dan pelakon Marisa Tomei.[8] Chicago menerima pencalonan terbanyak dengan tiga belas. Ia merupakan filem kelapan untuk menerima pencalonan sebanyak itu.[9] Gangs of New York menduduki tempat kedua dengan sepuluh pencalonan.[10]
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 23, 2003.[11] Chicago menjadi filem muzikal pertama untuk memenangi Filem Terbaik sejak filem 1968, Oliver![12] Pada umur 29 tahun, Adrien Brody menjadi individu termuda untuk memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[13] Dengan pencalonan ke-13 dalam karier beliau, Meryl Streep menjadi individu dengan pencalonan terbanyak dalam sejarah Oskar.[14]
Anugerah






Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[15]
Anugerah Kehormat Akademi
- Peter O'Toole [16]
Pencalonan dan anugerah berganda
Remove ads
Penyampai dan penghibur
Penyampai
- Neil Ross
- Randy Thomas
- Cameron Diaz
- Keanu Reeves
- Jennifer Connelly
- Jennifer Lopez
- John Travolta
- Jennifer Garner
- Mickey Mouse
- Mira Sorvino
- Nia Vardalos
- Sean Connery
- Brendan Fraser
- Kate Hudson
- Renée Zellweger
- Julie Andrews
- Gael García Bernal
- Salma Hayek
- Julianne Moore
- Matthew McConaughey
- Diane Lane
- Jack Valenti
- Julia Roberts
- Kathy Bates
- Colin Farrell
- Geena Davis
- Susan Sarandon
- Hilary Swank
- Halle Berry
- Barbra Streisand
- Meryl Streep
- Dustin Hoffman
- Denzel Washington
- Olivia de Havilland
- Richard Gere
- Marcia Gay Harden
- Ben Affleck
- Harrison Ford
- Kirk Douglas
- Michael Douglas
Penghibur
- Bill Conti
- Queen Latifah
- Catherine Zeta-Jones
- Paul Simon
- Lila Downs
- Caetano Veloso
- U2
Remove ads
Rujukan
Bibliografi
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads