Matthew McConaughey

Pelakon dan penerbit Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia

Matthew McConaughey
Remove ads

Matthew David McConaughey (/məˈkɒnəh/;[1] lahir November 4, 1969)[2] ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau mula mendapat perhatian menerusi peranannya dalam Dazed and Confused (1993) dan kemudiannya muncul dalam filem-filem seperti Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation (1994), A Time to Kill (1996), Amistad (1997), Contact (1997), EDtv (1999) dan U-571 (2000).

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...

Pada tahun 2000an, beliau lebih dikenali dengan membintangi filem romantik komedi,[3] termasuk The Wedding Planner (2001), How to Lose a Guy in 10 Days (2003), Failure to Launch (2006), Fool's Gold (2008) dan Ghosts of Girlfriends Past (2009). Sejak tahun 2010, beliau telah berpindah dari filem romantik komedi dan mempunyai peranan dalam The Lincoln Lawyer (2011), Bernie (2011), Killer Joe (2011), The Paperboy (2012), Mud (2012), Magic Mike (2012), The Wolf of Wall Street (2013) dan Interstellar (2014). Sesetengah pengkritik filem dan wartawan juga merujuk kepada era filem ini sebagai 'McConaissance'.[4]

McConaughey mencapai kejayaan besar pada tahun 2013 untuk lakonannya dalam Dallas Buyers Club yang mendapatkan beliau Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Rust Cohle dalam siri HBO, True Detective dimana beliau memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik dan dicalonkan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.

Remove ads

Kehidupan awal

Matthew McConaughey dilahirkan pada November 4, 1969 di Uvalde, Texas.[2] Ibunya, Mary Kathleen "Kay" atau "KMac" (née McCabe) ialah seorang bekas guru tadika dan pengarang berasal dari Trenton, New Jersey.[5][6][7] Bapanya, James Donald McConaughey menjalankan perniagaan bekalan paip minyak dan bermain untuk pasukan bola sepak Amerika, Kentucky Wildcats dan Houston Cougars.[5][8] Ibu McConaughey dan bapanya berkahwin tiga kali (selepas bercerai dua kali).[9][10] Beliau berketurunan Scotland, Inggeris, Ireland, Sweden dan Jerman.[11]

McConaughey berpindah ke Longview, Texas pada tahun 1980,[5] dimana beliau menghadiri Sekolah Tinggi Longview. Beliau tinggal selama setahun di Warnervale, New South Wales, Australia sebagai pelajar pertukaran pada tahun 1988.[12] McConaughey menghadiri Universiti Texas di Kolej Komunikasi Austin.[13] Beliau memulakan pengajian pada tahun 1989 dan menamatkan pengajian pada tahun 1993 dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Radio-Televisyen-Filem.[14] Rancangan asal McConaughey telah bertukar selepas pada mulanya beliau mahu menghadiri Universiti Southern Methodist sehinggalah abangnya memberitahunya bahawa tuisyen sekolah swasta akan menjadi beban kepada kewangan keluarga dan rancangan Matthew untuk menghadiri sekolah undang-undang selepas menamatkan pengajian dari kolej[15] tetapi beliau menyedari bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi peguam.[5]

Remove ads

Karier

1991–2000

McConaughey memulakan karier lakonannya pada tahun 1991, muncul dalam iklan televisyen termasuk satu untuk surat khabar Austin, Texas, Austin American-Statesman yang dikreditkan sebagai peranan bercakap pertamanya. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam Dazed and Confused.[16] Pada tahun 1992, beliau melakonkan watak "Joe" dalam video muzik Trisha Yearwood untuk lagu "Walkaway Joe."[17]

Selepas peranan kecil dalam Angels in the Outfield, Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation, Boys on the Side, siri televisyen Unsolved Mysteries dan sebagai watak utama daam video muzik Trisha Yearwood untuk lagu Walkaway Joe, kejayaan besar McConaughey datang selepas peranannya sebagai Jake Brigance dalam filem 1996, A Time to Kill, berdasarkan novel John Grisham dengan tajuk yang sama.[18] Pada lewat tahun 90an, McConaughey diberi peranan utama dalam lebih banyak filem termasuk Contact, Amistad, The Newton Boys, EDtv dan U-571.[2]

2001–11

Thumb
McConaughey pada tahun 2008

Pada awal tahun 2000an, beliau dikerap dipilih berlakon dalam filem romantik komedi termasuk The Wedding Planner dan How to Lose a Guy in 10 Days, kedua-duanya mencapai kejayaan box office.[19] Semasa tempoh ini, beliau muncul sebagai bomba dalam filem bajet rendah, Tiptoes bersama Kate Beckinsale, dalam Two for the Money dan dalam Frailty.[2][20]

McConaughey membintangi filem 2005, Sahara bersama-sama Steve Zahn dan Penélope Cruz.[21] Pada tahun yang sama, McConaughey dinamakan dalam majalah People sebagai "Lelaki Hidup Paling Seksi" untuk tahun 2005.[22] Pada tahun 2006, beliau membintangi bersama Sarah Jessica Parker dalam Failure to Launch dan sebagai Jack Lengyal dalam We Are Marshall. McConaughey juga mempunyai peranan suara dalam iklan untuk Peace Corps pada lewat tahun 2006.[23] Beliau menggantikan Owen Wilson dalam Tropic Thunder.[24]

2012–sekarang: The "McConaissance"

Thumb
McConaughey ketika pembukaan Dallas Buyers Club di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013

Pada tahun 2012, McConaughey membintangi bersama Channing Tatum dalam Magic Mike.[25] Beliau juga mempunyai peranan dalam Bernie. McConaughey melakonkan watak Danny Buck Davidson.[26] Pada bulan Jun 2012, McConaughey dijemput untuk menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences.[27]

Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak Ron Woodroof dalam Dallas Buyers Club yang memerlukan beliau untuk menurunkan berat badan hamper 50 paun (22 kilogram).[28] Filem ini mendapat pujian meluas dan McConaughey memenangi banyak anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik

Pada bulan April 2014, majalah Time memasukkan McConaughey dalam senarai tahunan Time 100 sebagai salah seorang "Orang Paling Berpengaruh di Dunia."[29]

Thumb
McConaughey di Anugerah Goldene Kamera di Berlin, 2014

Beliau membintangi bersama Woody Harrelson dalam siri HBO, True Detective.[30] McConaughey juga melakonkan watak Cooper bersama-sama Anne Hathaway, Jessica Chastain, Michael Caine, Mackenzie Foy dan Casey Affleck dalam Interstellar.[31]

Pada Februari 4, 2014, ia telah diumumkan bahawa peranan McConaughey yang seterusnya adalah dalam filem 2015, The Sea of Trees juga dibintangi Ken Watanabe.[32]

Di Anugerah Akademi ke-86, McConaughey memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya sebagai Ron Woodroof dalam Dallas Buyers Club.[33][34] Untuk lakonannya sebagai Rustin Cohle dalam True Detective, beliau memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Thumb
McConaughey dan isterinya, Camila Alves pada tahun 2010

McConaughey berkahwin dengan model Brazil, Camila Alves pada Jun 9, 2012.[35][36] Mereka mempunyai tiga orang anak: Levi Alves McConaughey (lahir 2008),[37] Vida Alves McConaughey (lahir 2010),[38] dan Livingston Alves McConaughey (lahir 2012).[39]

Filmografi

Filem

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Video muzik

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads